SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI MOHAMMAD SAJA, SEMOGA DIPERMUDAHKAN SEMUA URUSAN KITA DUNIA DAN AKHIRAT

Wednesday 17 October 2018

MEMACU PENDIDIKAN DI ERA REVOLUSI INDUSTRI 4.0



industri 4.0

Majlis Anugerah Pembestarian Sekolah Peringkat Kebangsaan 2018 telah diadakan pada 16 Oktober bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Majlis telah disempurnakan oleh YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia.
Pihak KPM akan berusaha untuk mengadakan “engagement” dengan pelbagai pihak khususnya media untuk menawarkan pengisian-pengisian yang bersifat mendidik, bukan bahah-bahan picisan, lucu, dan sensasi semata-mata.
Dalam ucapan beliau, YB Menteri Pendidikan menekankan pentingnya prinsip, etika dan sikap bertanggungjawab di dalam memacu era Revolusi Industri 4.0 dengan kemajuan inovasi digital, dan penghasilan Internet Benda (Internet of Things), begitu juga kepada pengamal-pengamal media yang bertanggungjawab membentuk generasi digital dengan pemberdayaan modal insan.
Etika dan moral merupakan prinsip yang menjadi kunci kepada agenda transformasi digital yang digerakkan oleh Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD). Jangan biarkan teknologi merakus peribadi kita.
Konsep Pembestarian Sekolah, bermula dengan inisiatif Sekolah Bestari yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1999, merupakan salah satu daripada tujuh aplikasi perdana Koridor Raya Multimedia.
Konsep ini menyediakan kerangka asas peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta pengurusan dan pentadbiran sekolah (PdT) dan mengayakan hasil pembelajaran murid melalui penggunaan ICT.
Inisiatif ini telah memberikan impak yang besar dalam transformasi pengajaran dan pembelajaran berbantukan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di semua sekolah di Malaysia dan membuahkan hasil yang memberangsangkan.
Di samping itu, konsep ‛Sekolah Bestari’ telah berjaya membawa Malaysia ke persada dunia serta menjadi model negara-negara luar termasuk Korea Selatan.

Share:

0 comments:

Post a Comment

PELAWAT

Flag Counter

CHAT BOX

Copyright © MohammadMuai | Powered by Blogger Distributed By Protemplateslab & Design by Mohammadsaja@2018 | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com