SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI MOHAMMAD SAJA, SEMOGA DIPERMUDAHKAN SEMUA URUSAN KITA DUNIA DAN AKHIRAT

Pemasaran media sosial

 



Pemasaran media sosial memanfaatkan media sosial untuk meningkatkan kesedaran dan mempromosikan produk atau perkhidmatan dengan menggunakan Internet. Selain dari membina jaringan sosial media sosial juga boleh digunakan untuk membina jaringan perniagaan untuk bertukar – tukar idea dan pengetahuan (Saravanakumar, Professor, & Lubasch, 2012).

Jaringan media sosial adalah sebahagian daripada Web 2.0.  Web 2.0 merujuk kepada cara pengguna dan pembangun laman sesawang membangunkan sesebuah laman sesawang. Web 2.0 menjadikan laman sesawang mudah lebih mudah untuk digunakan untuk menyuburkan kreativiti dan pertukaran maklumat.  Antara aplikasi yang telah dibangunkan ialah Blog, RSS (Really Simple Syndication) dan sosial bookmarking. Ciri terpenting di dalam Web 2.0 ialah maklumat boleh ditulis, dikongsi dan diubahsuai.

Blog yang merupakan singkatan dari weblog adalah sebuah jurnal atas talian atau laman sesawang berbentuk informasi yang memaparkan maklumat dalam susunan terbalik di mana post yang terakhir akan di paparkan dahulu, contoh blog ialah http://notaautomotif.blogspot.com/.

Real Simple Syndication (RSS) ialah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada koleksi suapan maklumat yang membolehkan maklumat dikongsi atau dikemas kini dengan cara yang sistematik. Maklumat yang boleh dikongsi terdiri daripada artikel terkini laman web atau blog, tajuk berita atau fail video atau audio. Dokumen RSS biasanya mengandungi keseluruhan atau sebahagian daripada dokumen asal.

Berikut adalah lima sebab utama sesebuah perniagaan perlu menggunakan media sosial untuk memasarkan produk atau perkhidmatan mereka:
  1. Maklumat berkaitan produk atau perkhidmatan boleh disampaikan kepada ramai orang dengan kos pengiklanan yang kecil.
  2. Bilangan pelawat ke sesebuah laman web boleh dipertingkatkan dengan berkongsi pautan laman web di dalam media sosial. Keadaan ini akan dapat mempertingkatkan page rank dan mendapat kedudukan yang lebih di dalam enjin carian seperti Google dan Yahoo
  3.  Media sosial adalah pelengkap kepada strategi pemasaran yang lain seperti pengiklanan berbayar.
  4.  Boleh membina kredibiliti dengan menyertai forum dan memberi jawapan kepada soalan yang dibangkitkan.
  5. Media sosial mengandungi maklumat peribadi pengguna seperti profil peribadi yang boleh digunakan untuk menyasarkan iklan tertentu kepada kumpulan sasar yang spesifik.

Kredit :Coach Abdul Shokur

0 comments:

Post a Comment

PELAWAT

Flag Counter

CHAT BOX

Copyright © MohammadMuai | Powered by Blogger Distributed By Protemplateslab & Design by Mohammadsaja@2018 | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com