SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI MOHAMMAD SAJA, SEMOGA DIPERMUDAHKAN SEMUA URUSAN KITA DUNIA DAN AKHIRAT

Thursday 30 June 2022

KURSUS PENDIGITALAN PDP TVET MARA (DIGITALIZATION)

 

KURSUS 'ONLINE ASSESSMENT KEPADA PENSYARAH BAGI PENDIGITALAN PdP TVET MARA SIRI 2
Pada 27 - 28 Jun 2022, seramai 48 orang pensyarah IKM Bintulu telah terlibat dengan kursus 'Online Assessment Kepada Pensyarah Bagi Pendigitalan PdP TVET MARA. Objektif kursus ini adalah bagi memberikan pendedahan berkaitan dengan tools PdP berasaskan pendigitalan. Penceramah yang menyampaikan kursus ini ialah Ts. Syarul Nizam Junaini, Pensyarah Faculty of Computer Science & IT, UNIMAS.
Antara tools yang disampaikan adalah termasuk Padlet, Miro, Gamifying (Quizziz, Wordwall.net), Menti.com, Rubistar, Flipgrid, classtools, Microsoft Forms/ Quiz, Google Form dan perkongsian pencapaian inovasi dalam pendigitalan PdP.
Secara keseluruhannya, maklum balas atau testimoni daripada para peserta adalah mereka amat berpuas hati dengan kursus tersebut, mempelajari ilmu baharu dan ianya amat bermanfaat serta akan dilaksanakan bermula sesi Julai-Disember 2022.
Perkongsian ilmu ini amat bermakna sebagai penandaarasan dalam penambahbaikan ke atas pelaksanaan PdP yang lebih berkesan dan kreatif serta mampu menarik minat para pelajar.
Akhir, program ini telah berlangsung dengan jayanya. Terima kasih diucapkan kepada Ts. Syarul Nizam Junaini atas ilmu diberikan dan pengurusan tertinggi IKM Bintulu dan Bahagian Kemahiran & Teknikal (BKT) atas sokongan dan kelulusan penganjuran program ini.



Sumber: FB Page IKMBINTULU, Posting by Nyapai Entebulan

(30/JUN /2022)


Bahan Rujukan/ Apps link 


https://padlet.com/syahrul/ikmbtu2022

https://framevr.io/edumetaverse

http://rubistar.4teachers.org/index.php

https://www.certifyem.com/instructions

https://forms.office.com/r/qyJUnEiLt3

https://forms.office.com/

https://www.slidescarnival.com/

https://wordwall.net/

https://miro.com/app/dashboard/

https://www.menti.com/

https://flipgrid.com/


IKM BINTULU


IKM BINTULU







Share:

PELAWAT

Flag Counter

CHAT BOX

Copyright © MohammadMuai | Powered by Blogger Distributed By Protemplateslab & Design by Mohammadsaja@2018 | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com