SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI MOHAMMAD SAJA, SEMOGA DIPERMUDAHKAN SEMUA URUSAN KITA DUNIA DAN AKHIRAT

Facebook Insight: Engagement, Reach dan Impression

 



Engagement
Kandungan adalah perkara terpenting tetapi engagement menentukan segalanya. Jika tiada orang  bertindak balas kepada sesuatu kandungan ia tidak memberi makna. Prioriti utama ialah untuk membuat orang bertindak balas terhadap kandungan di dalam Facebook anda.
Berikut adalah cara untuk mengira engagement:
Engagement = Likes + Comments + Shares
Tiga elemen yang menunjukkan engagement yang positif terhadap post anda:

Likes
Bilangan orang yang Like sesuatu post menggambarkan bilangan orang yang menyukai sesuatu kandungan yang anda kongsi.

Comment
Bilangan komen orang terhadap sesuatu post. Bilangan komen adalah penting, nada komen akan memberikan gambarkan perasaan orang terhadap kandungan, produk atau jenama anda secara keseluruhan.

Shares
Bilangan orang yang berkongsi kandungan anda, mengukur bilangan perkongsian yang dibuat oleh yang melihat sesuatu post.


Engagement rate

Engagement rate digunakan untuk mengukur keberkesanan anda menarik perhatian audien. Engagement rate boleh membekalkan maklumat mengenai jenis post atau kandungan yang berjaya menarik perhatian orang.

Engagement Rate = (bilangan orang yang like, comment, share atau klik post anda)/(bilangan orang yang melihat post anda reach).

Contoh:
100 pengguna unik bertindak balas (Likes, shares, comments and clicks) kepada sesuatu post dan 1000 pengguna melihat post berkenaan
Pengguna bertindak balas = 100
Engagement rate = 10%

Engagement rate ke atas sesuatu psot secara individu adalah pengukuran kualiti kandungan yang terdapat di dalam post yang disiarkan di Page anda. Ia digunakan untuk membandingkan engagement antara dua post. Ia memberitahu kandungan yang boleh menarik perhatian audiens, ia juga boleh digunakan untuk menentukan sama ada ia telah mencapai sasaran audiens yang betul semasa bilangan pengikut bertambah.


Reach

Jumlah orang yang unik yang telah melihat kandungan berkaitan page anda.

Bagaimana reach dikira
Terdapat tiga jenis reach iaitu; organik, berbayar dan viral.

Organic Reach
Bilangan orang yang unik yang melihat kandungan anda di News Feeds, tickers atau  Page

Paid Reach
Bilangan orang yang melihat kandungan berbayar yang anda siarkan.

Viral Reach
Bilangan orang yang berbeza (unik) yang melihat post atau page di dalam kisah yang diterbitkan oleh orang lain. Cerita ini termasuk like, komen atau berkongsi page, menjawab solan atau memberi respon kepada sesuatu acara.

Reach mengukur mengukur jumlah audiens.


Impressions

Bilangan kandungan berkaitan page anda dipaparkan. Sama seperti reach impresion boleh dicapai dengan tiga cara iaitu organik, paid atau viral.

Perbezaan utama di antara reach dan impression ialah impression menunjukkan jumlah bilangan kandungan anda disiarkan manakala reach menunujukkan jumlah bilangan orang yang berbeza yang melihat kandungan anda disiarkan. Jika kandungan anda sebanyak dua kali disiarkan kepada lima orang yang sama (reach) ia dikira sebagai 10 impression.

Impression mengukur kemampuan anda untuk menyiarkan kandungan yang menarik minat audien di Facebook. Maklumat ini boleh membantu anda memahami bukan sekadar bilangan orang yang melihat sesuatu kandungan, malah ia juga membekalkan maklumat kekerapan orang melihat sesuatu kandungan.


Bagaimana untuk meningkatkan Facebook Reach dan Impression

  • Tingkatkan bilangan pengikut yang aktif di page.
  • Siarkan kandungan yang boleh digunakan dengan cepat dan mudah
  • Hadkan maklum balas negatif di dalam pages

Impression juga boleh ditingkatkan dengan menggunakan iklan berbayar



0 comments:

Post a Comment

PELAWAT

Flag Counter

CHAT BOX

Copyright © MohammadMuai | Powered by Blogger Distributed By Protemplateslab & Design by Mohammadsaja@2018 | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com