Facebook Insight : Facebook Like Source

Bilangan audiens Facebook yang semakin membesar menunjukkan komuniti yang sihat. Untuk sesebuah perniagaan berkembang kita perlu mendapatkan maklumat bagaimana orang menjumpai Facebook Page produk atau perkhidmatan yang kita tawarkan. Untuk melakukan perkara ini kita perlu membuat analisa Like source.


Data Like source direkodkan di dalam  Facebook Insights melalui Facebook Insights tool dan Facebook Insights data export. Jumlah orang berbeza yang Like sesuatu Facebook Page dipecahkan mengikut lokasi. Like source di dalam Facebook Insights tool dipecahkan kepada lima bahagian:
  • Facebook Page;
  • Page Suggestions;
  • Iklan dan cerita berbayar;
  • Post anda; dan
  • Lain – lain.


Berikut adalah sumber Like source yang digunakan oleh Facebook.


Like Source boleh menolong pemasar untuk memahami bagaimana pengguna menjumpai dan Like Page anda dan memberi kontek bagaimana komponen pemasaran digital yang lain membantu menambah bilangan pengikut. Sebagai contoh:

  • Adakah hubungan luaran contohnya social plugins dari laman web berkesan untuk menambah Like kepada Facebook Page anda?
  • Adakah dengan menukar social plugins yang digunakan jumlah like bertambah?
  • Berapa peratuskah jumlah pertambahan Like yang didorong oleh iklan Facebook (Facebook Ads) dan cerita berbayar (Sponsored Stories)?
  • Adakah aplikasi pihak ketiga membantu meningkatkan pengikut?
  • Berapa ramai pengguna yang Like Facebook Page anda menggunakan telefon pintar?

Semua data ini boleh diperolehi dari Like source di Facebook Page Insight.

Rujukan: The Complete Guide to Facebook Analytics

0 comments:

Post a Comment

PELAWAT

Flag Counter

CHAT BOX

Copyright © MohammadMuai | Powered by Blogger Distributed By Protemplateslab & Design by Mohammadsaja@2018 | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com