SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI MOHAMMAD SAJA, SEMOGA DIPERMUDAHKAN SEMUA URUSAN KITA DUNIA DAN AKHIRAT

Struktur Perniagaan Digital

Sebelum mengkaji dengan lebih mendalam mengenai cara untuk memanfaatkan pemasaran digital kita perlu memahami struktur perniagaan digital. Perniagaan digital terdiri daripada lima elemen asas iaitu laman web, E-Commerce, media sosial, medium komunikasi dan marketplace.

klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

Komponen terpenting di dalam sesebuah dunia perniagaan digital ialah laman web perniagaan yang berfungsi sebagai kedai di alam maya. Kedai maya ini beroperasi selama 24 jam dan boleh dilawati oleh sesiapa sahaja dari seluruh dunia yang  mempunyai akses kepada talian Internet.

Untuk menarik perhatian pengunjung laman web mestilah kemas dan tersusun dengan sistematik untuk memudahkan bakal pembeli mengenali produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Untuk produk yang berbentuk fizikal laman web boleh digabungkan dengan fungsi E-Commerce untuk memudahkan pembeli membuat tempahan. Media sosial boleh digunakan untuk menarik trafik mengunjungi laman web perniagaan.

E-Commerce ialah sebuah sistem perdagangan digital yang digunakan untuk menjalankan transaksi pembelian secara terus melalui kaedah debit atau kredit menggunakan “payment gateway” yang diintegrasikan di laman web. Sistem E-Commerce juga boleh digunakan untuk mengawal inventori masuk dan keluar, memantau status penghantaran barangan kepada pelanggan serta mengumpul  maklumat pelanggan di dalam bentuk database.

Media sosial merupakan pintu kepada kedai digital. Facebook dan Instagram adalah platform media sosial yang popular yang digunakan untuk berkongsi maklumat mengenai sesuatu produk atau perkhidmatan. Pautan ke laman web boleh diletakkan di media sosial untuk menarik trafik ke sesebuah laman web perniagaan.

Facebook Messenger, Whatsapp dan emel merupakan jambatan yang menghubungkan pembeli atau prospek dengan penjual. Medium komunikasi digunakan sebagai saluran kepada prospek atau bakal pembeli untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan sesuatu produk atau perkhidmatan atau maklumat berkaitan pembayaran dan penghantaran.

Marketplace merupakan ekosistem perniagaan yang dibangunkan oleh pihak ketiga seperti Lazada, Zalora, Mudah.my dan Ali Baba yang menyediakan infrastruktur dan ruang pasaran perniagaan yang lengkap kepada penjual dan pembeli. Penjual perlu membayar yuran perkhidmatan yang tertentu untuk menggunakan kemudahan yang disediakan ini.


Kredit :Coach Abdul Shokur

0 comments:

Post a Comment

PELAWAT

Flag Counter

CHAT BOX

Copyright © MohammadMuai | Powered by Blogger Distributed By Protemplateslab & Design by Mohammadsaja@2018 | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com