SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI MOHAMMAD SAJA, SEMOGA DIPERMUDAHKAN SEMUA URUSAN KITA DUNIA DAN AKHIRAT

Wednesday 17 October 2018

LEVEL USAHAWAN YANG ANDA PERLU TEMPUH



Sebut mengenai usahawan, pasti kita terbayangkan peniaga yang bersama kereta besar dan bisnes yang
stabil, sudah mempunyai banyak cawangan dan berjaya. Tetapi sebenarnya banyak tahap yang perlu
ditempuhi sebelum usahawan mencapai tahap itu. Berikut adalah stage atau tahap usahawan yang perlu
lalui:

1) BEGINNER
Biasanya beginner adalah orang yang masih bekerja dan mahu menjana pendapatan sampingan. Level
ini agak mencabar keimanan seseorang usahawan kerana perlu membahagi kepada dua komitmen.
Dengan ilmu yang tidak mencukupi dan semangat mudah luntur, banyak usahawan tersungkur dijalan
ini. Bak kata pepatah, hangat-hangat tahi ayam.
Ada yang mulakan dengan menjadi agen dropship atau bekerja dibawah orang lain. Tengok dan
perhatikan cara orang lain bekerja, ianya pengalaman yang sangat berharga dan berguna.
Terdapat juga yang masih tercari-cari pekerjaan atau yang mengisi masa menganggur dengan berniaga.
Level beginner inilah masa untuk mendapatkan kaedah pemasaran, strategi bisnes, cara mendekati
pelanggan dan networking. Cara inilah lebih berkesan untuk menimba ilmu, melalui pengalaman bekerja
dengan orang lain atau persendirian.

2) PEMILIK TUNGGAL
Tahap seterusnya adalah pemilik pensendirian. Selepas lepas tahap beginner, usahawan mula mahu
mendaftar nama syarikat sendiri secara sah dan kini mula mahu serius, bukan main-main dan
memberikan komitmen sepenuhnya. Semua benda dibuat sendiri daripada memikirkan barang yang
mahu dijual, cara marketing dan berhubung dengan pelanggan semua dilakukan berseorangan.


3) BOS
Seterusnya setelah bisnes semakin baik, usahawan mula mahukan pembantu kerana tidak menang
tangan. Pembantu akan mengikut arahan bos tetapi bos tidak mencurahkan sepenuh kepercayaan
kepada pekerjanya. Semuanya akan dipantau oleh si bos. Tanggungjawab bos kini bertambah, perlu
memikirkan hal ehwal pekerja, pengurusan pekerja dan seimbangkan antara sales dengan production.
Bos perlulah menjadi leader yang bagus dan tunjukkan role model yang boleh dicontohi.

4) CEO
Di level ini ceo mula menyerahkan tugas-tugas dan kepercayaan kepada orang bawahnya. Meeting
biasanya dilakukan seminggu sekali atau sebulan sekali bagi memantau. Mereka kini tidak lagi secara
direct menjalankan perniagaan, tetapi memikirkan mula memikirkan untuk menambah francais dan
cawangan bagi mengembangkan perniagaan. Mereka memikirkan risiko mendatang, melakukan
pelaburan dalam bisnes lain dan perancangan masa hadapan syarikat.


5) KORPORAT
Ini tahap tertinggi untuk CEO atau president syarikat akan ambil peluang dan melakukan pelaburan yang
tinggi. Mereka tidak lagi memikirkan hal-hal yang kecil tetapi merangka masa depan syarikat bertahun-
tahun kehadapan. Peluang yang ada untuk akan diambil walau risikonya besar. Menjual dan membeli
bisnes bukan lagi asing bagi tahap korporat.
Sumber:- Usahawan.com

Share:

0 comments:

Post a Comment

PELAWAT

Flag Counter

CHAT BOX

Copyright © MohammadMuai | Powered by Blogger Distributed By Protemplateslab & Design by Mohammadsaja@2018 | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com