SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI MOHAMMAD SAJA, SEMOGA DIPERMUDAHKAN SEMUA URUSAN KITA DUNIA DAN AKHIRAT

SEO : Crawling, Indexing dan Ranking

 Crawling

Crawling ialah langkah pertama untuk mengesan kewujudan sesebuah laman web.Oleh kerana tiada satu daftar induk yang menyenaraikan semua laman web, Google perlu mengesan laman web secara berterusan, proses ini dikenali sebagai crawling.

Ada laman yang dikesan oleh Google kerana ia pernah dilawati sebelumnya atau laman web baru  boleh dikesan jika laman tersebut dihubungkan dengan laman web yang  telah dikesan oleh Google sebelum ini. Pemilik laman juga boleh menghantar senarai laman (sitemap) kepada Google untuk di crawl. Untuk meningkatkan crawl anda boleh;
  • Untuk laman satu muka, anda boleh menghantar URL kepada Google.
  • Hubungkan laman web anda kepada laman web yang telah sedia di kenali oleh Google.

Indexing
Setelah sesebuah laman we ditemui, Google akan cuba untuk memahami isi kandungan laman tersebut. Proses ini dikenali sebagai indexing. Google akan menganalisis laman, katalog, imej dan video yang terdapat di dalam laman. Perbaiki peluang untuk indexing:
  • Cipta tajuk ringkas tetapi bermakna.
  • Gunakan page heading untuk menceritakan kandungan laman.
  • Gunakan text dan bukan imej untuk menyampaikan maklumat.

Serving (and ranking)
Apabila pengguna membuat carian, Google akan cuba untuk mencari jawapan yang paling relevan daripada index berdasarkan kepada pelbagai faktor. Google cuba mengenal pasti jawapan terbaik, lokasi semasa pengguna, bahasa dan alat yang digunakan. Ranking tidak boleh dibeli, ranking dijalankan oleh program secara automatik.

  • Untuk memperbaiki serving and ranking:
  • Pastikan laman web anda dapat dipaparkan dengan pantas dan mobile-friendly.
  • Masukkan maklumat yang berguna dan pastikan ia sentiasa dikemas kini.
  • Patuhi panduan webmaster.
  • Baca dan gunakan best practice SEO.

Sumber: https://support.google.com/webmasters/answer/70897

Kredit ; Coach Abdul Shokor

0 comments:

Post a Comment

PELAWAT

Flag Counter

CHAT BOX

Copyright © MohammadMuai | Powered by Blogger Distributed By Protemplateslab & Design by Mohammadsaja@2018 | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com