SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI MOHAMMAD SAJA, SEMOGA DIPERMUDAHKAN SEMUA URUSAN KITA DUNIA DAN AKHIRAT

SEO: Optimumkan Kandungan Laman Web

Reka bentuk laman yang menarik dan kandungan yang bermanfaat adalah faktor penting untuk menarik pelawat mengunjungi sesebuah laman web. Pelawat akan dapat mengenal pasti sebuah laman web yang baik apabila mereka melihatnya dan mereka akan mempengaruhi orang lain untuk mengunjungi laman web tersebut.


Fikirkan perkataan yang pengguna mungkin gunakan untuk mencari sesuatu kandungan. Pengguna yang mempunyai pengetahuan yang luas mengenai sesuatu topik mungkin akan menggunakan kata kunci yang berlainan semasa membuat carian berbanding dengan orang yang baru di dalam sesuatu bidang. Sebagai contoh peminat bola sepak tegar mungkin akan mencari perkataan FIFA akronim untuk the Fédération Internationale de Football Association. Manakala orang yang baru berjinak dengan bola sepak mungkin akan mencari perkataan liga bola sepak. Dengan mengambil kira perkara ini gabungan beberapa kata kunci yang bersesuaian perlu dimasukkan di dalam kandungan sesuatu laman web untuk memudahkan laman web anda ditemui oleh pengguna.

Amalan terbaik
  • Tulis ayat yang mudah untuk difahami
  • Pengguna gemar membaca kandungan yang ditulis dengan baik dan mudah untuk difahami.


Elakkan
  • Jangan menulis kandungan dengan sambil lewa dan membuat banyak kesilapan ejaan.
  • Susun atur yang berterabur
  • Menggabungkan teks dengan video atau imej, pengguna mungkin mahu membuat salinan teks. Enjin carian tidak boleh membaca teks tersebut.
  • Menulis terlalu banyak teks berkaitan pelbagai topik dengan tanpa perenggan, tajuk kecil dan susun atur.
  • Jangan masukkan terlalu banyak kata kunci yang boleh menyebabkan pembaca menjadi menyampah.

Kredit: Coach Abdul Shokor

0 comments:

Post a Comment

PELAWAT

Flag Counter

CHAT BOX

Copyright © MohammadMuai | Powered by Blogger Distributed By Protemplateslab & Design by Mohammadsaja@2018 | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com