SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI MOHAMMAD SAJA, SEMOGA DIPERMUDAHKAN SEMUA URUSAN KITA DUNIA DAN AKHIRAT

Elemen Asas Pemasaran

 

ELEMEN ASAS PEMASARAN


Pelanggan atau klien menurut Dewan Bahasa Dan Pustaka ialah  orang yang membeli produk atau mendapatkan perkhidmatan daripada kita dengan secara tetap, manakala pembeli pula ialah orang yang membeli produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.

Elemen asas pemasaran terbahagi kepada 11 perkara seperti yang disenaraikan di dalam Jadual 2.1. Tujuan utama pemasaran ialah untuk memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan.

Jadual 2.1: Elemen asas pemasaran

Elemen pemasaran
Takrif
Keperluan
Perkara asas yang berguna atau penting di dalam kehidupan seseorang manusia.
Kehendak
Hajat, keinginan atau kemahuan.
Permintaan
Perbuatan meminta. Di dalam pemasaran permintaan merujuk kepada keinginan seseorang untuk memenuhi sesuatu keperluan.
Produk
Apa sahaja yang ditawarkan kepada pembeli untuk dimiliki atau digunakan untuk memenuhi keperluan dan kehendak pembeli. Produk tidak terhad kepada barangan berbentuk fizikal sahaja, perkhidmatan seperti perbankan, perhotelan, penerbangan juga merupakan satu produk.
Perkhidmatan
Aktiviti atau faedah yang ditawarkan kepada pembeli atau pelanggan yang tidak boleh dimiliki secara ketara.
Nilai
Harga sesuatu dibandingkan dengan harga yang lain
Kepuasan
Berasa senang kerana sudah terpenuh hasrat hati
Kualiti
Keadaan sesuatu benda
Pertukaran
Memberi dan menerima ganti
Urus niaga
Segala urusan yang berkaitan dengan perniagaan atau perdagangan
Perhubungan
Proses membina rangkaian di antara penjual dengan pembeli


Kredit :Coach Abdul Shokur

0 comments:

Post a Comment

PELAWAT

Flag Counter

CHAT BOX

Copyright © MohammadMuai | Powered by Blogger Distributed By Protemplateslab & Design by Mohammadsaja@2018 | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com