SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI MOHAMMAD SAJA, SEMOGA DIPERMUDAHKAN SEMUA URUSAN KITA DUNIA DAN AKHIRAT

Whatsapp Business: 6 Perbezaan Antara Whatsapp Peribadi dengsan Whatapss Business

WhatsApp Business ialah aplikasi WhatsApp yang memberi fokus kepada keperluaan pernigaan kecil dan sederhana (PKS). WhatsApp Business dilengkapi dengan beberapa ciri tambahan yang tiada pada aplikasi WhatsApp konvensional.



WhatsApp Business membenarkan pengguna untuk mencipta profil yang mengandungi maklumat perniagaan seperti alamat fizikal, alamat email dan laman web. Aplikasi ini turut dilengkapi dengan fungsi quick replies untuk memudahkan proses komnikasi antara pelanggan dengan pemilik perniagaan. 




Apa perbezaan antara WhatsApp peribadi dan WhatsApp Business?

WhatsApp business menggunakan logo B untuk mengantikan logo WhatsApp peribadi. 



Perbezaan ketara yang kedua ialah warna latar belakang yang digunakan WhatsApp peribadi mempunyai latar belakang yang lebih cerah manakala WhatsApp Business mempunyai warna latar belakang yang lebih gelap.



Ciri – ciri WhatsApp Business


Profil perniagaan
WhatsApp Business membenarkan anda meletakkan profil perniagaan anda. Maklumat yang boleh diisi di dalam profil ini ialah alamat fizikal yang boleh berhubung dengan Google Map atau Waze, anda juga boleh memasukkan maklumat waktu operasi perniagaan. Selain dari itu anda juga boleh memasukkan alamat email dan dua pautan laman web.


Semua maklumat ini akan dapat dilihat oleh pelanggan apabila mereka melihat profil perniagaan anda melalui akaun mereka.


Greeting Message
WhatsApp business membenarkan anda menghantar Greeting Message iaitu fungsi sama yang ditawarkan oleh Facebook Page. 


Mesej ini akan dihantar kepada orang yang menghantar mesej kepada anda buat pertama kali atau selepas mereka tidak aktif selama 14 hari.


Away Message
Selain dari Greeting message, anda juga merakam away message menggunakan WhatsApp Business. Mesej ini akan dihantar kepada pelanggan apabila anda berada di luar kawasan.



Away message boleh dijadualkan dengan tiga cara iaitu mengikut jadual yang anda tetapkan sendiri (custom Schedule) atau selepas waktu perniagaan (Out of business hours). Kedua – dua pilihan ini akan dilaksanakan apabila salah satu keadaan di atas berlaku. Atau anda boleh menggunakan pilih ketiga sentiasa hantar (alway send). Mesej yang dihantar dengan menggunakan tetapan always send akan dihantar kepada semua pelanggan apabila tetapan ini aktif.


Quick reply
Quick reply membolehkan anda menghantar mesej yang sama dengan cepat dan mudah.


Untuk mengakses fungsi Quick Reply, masukkan simbol “/” semasa menaip mesej, semua mesej Quick Reply yang telah anda cipta akan terpapar. Anda tidak perlu menyalin dan menampal mesej yang sama secara berulang.



Melihat statistik penghantaran dan penerimaan mesej
WhatsApp turut dilengkapi dengan statistik yang memaparkan bilangan mesej yang dihantar dan diterima ia boleh diakses dengan cara; Setting > Statistics.



Business Profile Label
Semua mesej yang dihantar dengan menggunakan WhatsApp Business akan disertakan dengan business account label. Pelanggan boleh melihat sama ada dia sedang berbicara dengan individu atau perniagaan dengan melihat profil WhatsApp.


Kredit :Coach Abdul Shokur

0 comments:

Post a Comment

PELAWAT

Flag Counter

CHAT BOX

Copyright © MohammadMuai | Powered by Blogger Distributed By Protemplateslab & Design by Mohammadsaja@2018 | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com