SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI MOHAMMAD SAJA, SEMOGA DIPERMUDAHKAN SEMUA URUSAN KITA DUNIA DAN AKHIRAT

FB ADS: Membina Jenama

Cara berinteraksi di domain awam seperti cara menjawab soalan, bentuk iklan yang disiarkan, testimoni dan maklum balas pelanggan akan membentuk persepsi orang mengenai sesuatu perniagaan. Manusia akan cenderung untuk membuat tanggapan berdasarkan kepada apa yang dapat dilihat oleh mata kasar. Cara kita berkomunikasi di media sosial boleh mempengaruhi tanggapan orang kepada perniagaan dan diri pemilik perniagaan tersebut. Post yang dikongsi, gambar yang dimuat naik dan kandungan post yang ditulis akan mempengaruhi pandangan orang terhadap seseorang atau perniagaan. Post yang disiarkan di dalam sesebuah Facebook Page organisasi atau perniagaan mestilah bersesuaian dengan objektif yang ingin dicapai oleh organisasi atau perniagaan tersebut.


Serlahkan jenama perniagaan anda, untuk menyerlahkan sesuatu jenama anda perlu menetapkan cara berkomunikasi secara atas talian yang baik. Cara komunikasi ini mesti konsisten pada setiap masa di semua platform media sosial yang digunakan. Perkara terpenting dalam pembentukan persepsi ialah berlaku jujur dan jadilah diri anda sendiri.

Lakukan SWOT analisis, senaraikan kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman, gunakan data yang diperolehi untuk membentuk pelan komunikasi anda.  Melalui cara ini anda mempunyai rujukan yang jelas mengenai tindakan yang perlu diambil untuk mengekalkan persepsi yang baik terhadap perniagaan anda.

Cipta URL Facebook Page yang unik dan mudah diingati
URL Facebook ialah alamat domain yang anda kongsi untuk membolehkan orang menemui Facebook Page anda. Sebagai contoh www.facebook.com/eusahawanilpkl akan membawa anda ke Facebook Page Coach VB437.

Isikan maklumat berkaitan perniagaan anda
Facebook page menyediakan ruang untuk membolehkan anda mengisi maklumat berkaitan operasi pernaigaan anda seperti lokasi perniagaan, jenis produk atau perkhidmatan yang ditawarkan, no telefon, alamat perniagaan dan alamat laman web. Maklumat ini akan membantu memudahkan pengguna mencari perniagaan anda serta menambahkan keyakinan mereka terhadap kewujudan pernaigaan anda.

Bina jaringan dan tingkatan hubungan dengan pelanggan
Jaringan boleh dibina dengan mengambil bahagian di dalam perbualan yang bermanfaat seperti berkongsi kepakaran dengan orang lain. Bilangan pengikut yang ramai akan membantu mempromosikan perniagaan anda dengan secara mudah dan percuma.


Cipta dan kongsi post
Bina persepsi yang positif dengan berkongsi maklumat yang berkaitan dengan perniagaan anda, tonjolkan kepakaran anda dan bekalkan maklumat mengenai cara produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan boleh membantu menyelesaikan masalah serta meningkatkan taraf hidup pembaca. Kongsi gambar yang ada kaitan dengan perniagaan anda yang boleh meningkatkan imej perniagaan anda. Jangan sesekali berkongsi post yang bersifat negatif yang menceritakan keburukan atau kelemahan produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan.

0 comments:

Post a Comment

PELAWAT

Flag Counter

CHAT BOX

Copyright © MohammadMuai | Powered by Blogger Distributed By Protemplateslab & Design by Mohammadsaja@2018 | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com