SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI MOHAMMAD SAJA, SEMOGA DIPERMUDAHKAN SEMUA URUSAN KITA DUNIA DAN AKHIRAT

Search Engine Optimization : Apa itu Seo?

 Search engine optimization (SEO) biasanya memerlukan webmaster membuat perubahan kecil kepada bahagian tertentu di dalam sesebuah laman web. Tujuan utama perubahan adalah untuk memudahkan pengguna membuat carian maklumat di dalam sesebuah laman web   serta menambah peluang untuk laman tersebut di senaraikan di enjin carian terutama Google dengan secara organik.

Sesebuah laman web perlu dioptimumkan untuk memenuhi keperluan dan kehendak pelawat. Salah satu pelawat ialah enjin carian yang membantu pengguna Internet menemui laman web anda.  Search Engine Optimization ialah proses untuk membantu enjin carian memahami dan mempersembahkan kandungan laman web anda kepada pencari maklumat.

Berikut adalah istilah penting yang perlu diketahui berkaitan SEO:

Index – Google menyimpan semua maklumat yang diketahui berkaitan sesuatu laman web di dalam index. Index setiap laman terdiri daripada maklumat seperti kandungan dan alamat pautan (URL) laman web tersebut. Proses index akan berlakuk beberapa kali sehari, Google akan membaca dan menyimpan maklumat yang diperolehi di dalam index.

Crawl – Proses mencari maklumat baru atau kemaskini sesebuah laman web. Google menjumpai URL dengan menggunakan pautan dengan membaca sitemap dan cara – cara lain. Google akan crawl sesebuah laman web, mencari laman baru kemudian memasukkannya ke dalam index apabila sesuai.

Crawler – Perisian yang membuat crawl secara automatik. Perisian ini akan mengambil maklumat dari laman web dan membina index.

Googlebot – Nama Google crawler.

SEO - Search engine optimization: Proses untuk memudahkan enjin carian mengenl pasti sesebuah laman web.

Adakah laman web anda berada di dalam Google index?
Untuk menentukan sama ada sesebuah laman web telah di masukkan di dalam Google index atau sebaliknya, guna carian “site:”.  Sebagai contoh “site:eusahawanilpkl.blogspot.com”.


Google membuat crawl ke atas berbilion laman web dalam sehari, ada kalanya terdapat laman web yang tidak disenaraikan di dalam Google index, in berlaku kerana:
  • Laman ini tidak berhubung dengan laman web yang lain dengan baik.
  • Laman web anda baru dilancarkan dan Google masih belum sempat membuat crawl.
  • Reka bentuk laman web yang digunakan menyukarkan Google membuat crawl secara berkesan.
  • Terdapat error semasa Google membuat crawl.
  • Policy laman web anda tidak membenarkan Google membuat crawl.

Bagaimana saya boleh menyenaraikan laman web saya di enjin carian Google?
Proses penyenaraian laman web di enjin cari Google adalah percuma dan mudah; anda tidak perlu membuat permohonan kepada Google. Google ialah sebuah enjin carian yang membuat crawl secara automatik untuk mencari laman web dan memasukkannya ke dala Google index.  Google turut menyediakan sebuah garis panduan (https://support.google.com/webmasters/answer/35769) perkara penting yang perlu diikuti oleh sesebuah laman web untuk disenaraikan di dalam enjin cari Google kepada webmaster.

Berikut adalah beberapa soalan asas berkaitan laman web anda yang perlu ditanya kepada diri sendiri sebelum  mula:
  • Adakah laman web saya disenaraikan di Google?
  • Adakah saya menyediakan bahan berkualiti tinggi kepada pengguna?
  • Adakah perniagaan saya tersenarai di dalam Google?
  • Adakah laman web saya dapat dipaparkan dengan pantas dan mudah di semua peranti?
  • Adakah laman web saya selamat?

Untuk memudahkan pemeriksaan muat turun senarai semak.

Sumber: https://support.google.com/webmasters/answer/7451184?hl=en

Kredit : Coach Abdul Shokur

0 comments:

Post a Comment

PELAWAT

Flag Counter

CHAT BOX

Copyright © MohammadMuai | Powered by Blogger Distributed By Protemplateslab & Design by Mohammadsaja@2018 | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com