Konsep Pemasaran

 

KONSEP ASAS PEMASARAN


Konsep pemasaran merujuk kepada strategi pengurusan yang digunakan untuk menjual sesuatu produk atau perkhidmatan. Berbeza dengan jualan yang hanya mementingkan keuntungan, pemasaran melibatkan aktiviti yang dilakukan oleh penjual untuk mendapatkan keuntungan dan memuaskan hati pelanggan.

Terdapat lima kategori konsep pemasaran iaitu konsep pengeluaran, konsep keluaran, konsep jualan, konsep pemasaran dan konsep pemasaran kemasyarakatan. Penjelasan mengenai konsep ini diringkaskan di dalam Jadual 2.2.


Jadual 2.2: Konsep pemasaran
Jenis konsep pemasaran
Takrif
Konsep Pengeluaran
Konsep ini menganggap pengguna mempunyai kecenderungan untuk memilih keluaran-keluaran yang tersedia dan berharga murah. Konsep ini mementingkan peningkatan dalam kecekapan pengeluaran dan agihan. Konsep ini sesuai digunakan apabila:
  • Permintaan melebihi penawaran.
  • Kos pengeluaran tinggi dan produktiviti perlu ditingkatkan untuk menurunkan kos.
    Konsep Keluaran
    Konsep keluaran memberikan tumpuan kepada kualiti produk dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada bakal pengguna. Pemasar yang mengadaptasi konsep jualan cenderung untuk melakukan penambahbaikan secara berterusan untuk meningkatkan kualiti produk atau servis yang ditawarkan.
    Konsep Jualan
    Organisasi yang menggunakan konsep jualan percaya pembeli harus didorong untuk membeli produk atau perkhidmatan mereka, bajet yang besar akan diperuntukkan untuk membiayai aktiviti promosi produk atau perkhidmatan.
    Konsep Pemasaran
    Konsep pemasaran meletakkan kepuasan bakal pengguna sebagai objektif utama mereka. Produk atau servis yang dipasarkan dengan menggunakan konsep ini direka supaya ianya memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.
    Konsep Pemasaran Kemasyarakatan
    Konsep ini memerlukan pemasar untuk mengambil berat tentang hal-ehwal dan kebajikan pengguna dan masyarakat. Ia memerlukan organisasi untuk memahami dan memuaskan kehendak pengguna melalui cara yang terbaik bagi pengguna dan masyarakat dalam jangka masa panjang.


    0 comments:

    Post a Comment

    PELAWAT

    Flag Counter

    CHAT BOX

    Copyright © MohammadMuai | Powered by Blogger Distributed By Protemplateslab & Design by Mohammadsaja@2018 | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com