SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI MOHAMMAD SAJA, SEMOGA DIPERMUDAHKAN SEMUA URUSAN KITA DUNIA DAN AKHIRAT

Saturday 3 November 2018

Government to enhance TVET programmes to tackle high youth unemployment



KUALA LUMPUR: The Government will look into ways to enhance Technical and Vocational Education and Training (TVET) programmes to help lower the youth’s unemployment rate, says Youth and Sports Minister Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
“We hope to lower the youth unemployment rate, which is at double-digit now to single-digit. Other countries are able to do so, and we hope to do it and do it better,” he told reporters after the opening ceremony of InvestSmart® Fest 2018.
The minister noted that the employment rate for the graduates of TVET programmes are higher than the graduates from tertiary institutions.
“All these while the focus has been on tertiary education through universities. We should look at TVET,” he said.
According to a report by MIDF research in May, the rising youth unemployment was mainly contributed by the soaring numbers of unemployed graduates, about 204,000, constituting 40.5% of total unemployment.
Source: https://www.thestar.com.my
Share:

Tuesday 30 October 2018

Mobile Technical Services Commercial



Mobile Technical Services (MTS) telah diwujudkan untuk mengubah minda pelajar untuk menjadi usahawan teknikal berjaya. Program ini menggabungkan unsur-unsur pengajaran dan pembelajaran melalui keusahawanan. Program ini juga memberi tumpuan kepada meningkatkan kualiti kerja dan penubuhan syarikat. Selain daripada itu, unsur-unsur kemahiran insaniah dan kerja etika juga ditekankan dalam program ini.




Share:

PELAJAR IPMA UNGGULI ASC 2018


pendidikan, MARA, TVET


Sepang, 5 September – Pelajar Institusi Pendidikan MARA (IPMa) terus unggul di Asean Skills Competition 2018 (ASC 2018) apabila berjaya merangkul tiga emas, satu perak, satu gangsa dan tujuh Medallion of Excellence dalam pelbagai acara yang dipertandingkan.
Kejayaan yang disumbang oleh para pelajar IPMa ini sekali gus membolehkan kontinjen Malaysia meraih tempat ke-empat keseluruhan dalam pertandingan itu.
Seramai 13 pelajar IPMa telah terlibat di dalam pertandingan ini terdiri daripada para pelajar Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), Institut Kemahiran MARA (IKM), MARA-Japanese Industrial Institut (MJII), Universiti Kuala Lumpur Malaysian France Institute (UniKL MFI), German-Malaysian Institut (GMI) serta GIATMARA.
Konsisten sebagai penyumbang terbesar tenaga kerja mahir dan separa mahir kepada negara, penyertaan pelajar IPMa di pertandingan ini merupakan wadah berterusan MARA mendukung hasrat kerajaan memperkasa Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional TVET dalam melahirkan graduan berkemahiran tinggi serta memenuhi permintaan industri.
Untuk rekod, ASC 2018 telah berlangsung pada 26 Ogos hingga 4 September yang lalu bertempat di Bangkok, Thailand.

Sumber:- http://www.tvetmara.edu.my
Share:

Thursday 25 October 2018

Uplifting Cabability For Oil and Gas Entrepreneur


Usahawan bintulu

Pejabat MARA Daerah Bintulu akan menganjurkan kursus Uplifting Capability for Oil and Gas Entrepreneur bertempat di bilik seminar NIOSH Bintulu pada 27-29 November ini. Pihak kami mempelawa usahawan yang berminat untuk mendaftar di pejabat MARA yang terdekat. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 22 November 2018. Tempat terhad kepada 30 Org usahawan sahaja.


Share:

Tuesday 23 October 2018

KERJASAMA IKM BINTULU - MSIEA BAKAL LAHIRKAN LEPASAN KOMPETEN



pendidikan

BINTULU, 1 Sept 2018
IKM Bintulu telah merekodkan sejarah tersendiri dengan mengadakan kerjasama dengan Malaysian Steam And Internal Combustion Engine Engineer Association (MSIEA) yang merupakan NGO yang memartabatkan pengamal dan Orang Yang Kompeten (OYK) dalam bidang Dandang dan Enjin Pembakaran Dalam. Ia dizahirkan melalui majlis menandatangani Surat Hasrat (LOI) diantara kedua-dua pihak di salah sebuah hotel terkemuka di bandaraya Bintulu.
Menurut En. Muhammad Salahuddin bin Abdul Majid, Setiausaha Kehormat MSIEA, kerjasama ini amat baik sekali bagi memberi ruang kepada kedua pihak memperkembangkan informasi serta teknologi berkaitan serta ia mampu melahirkan lepasan IKM terutama daripada IKM Bintulu sebagai seorang pekerja yang kompeten apabila menempuhi alam pekerjaan nanti dan memantapkan kebolehpasaran pelajar memasuki indusri penting seperti Oil & Gas, Loji Janakuasa dan sebagainya.
Beliau berkata demikian ketika bercakap kepada wartawan setelah selesai mewakili MSIEA di majlis menandatangani LOI yang disaksikan oleh lebih 50 orang peserta yang mewakili pelbagai industri berkaitan dari seluruh negeri Sarawak iaitu termasuk Loji Minyak dan Gas, Kilang Kelapa Sawit, Kilang Papan, Pensyarah IPT dan wakil daripada badan penguatkuasa seperti Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Sarawak Cawangan Bintulu.
Pihak MSIEA juga telah menjemput beberapa pensyarah dari IKM Bintulu mengikuti kursus yang berlangsung selama 3 hari ini dan menurut seorang wakil yang mewakili IKM Bintulu iaitu En. Michael Anak Jangi, pensyarah Jabatan Operasi Loji, beliau menggambarkan kerjasama ini umpama rahmat kepada pelajar dibawah jabatan beliau kerana kerjasama ini mampu meningkatkan pengetahuan bukan sahaja secara teori mahupun amali melalui perkongsian pengalaman sebenar daripada tenaga pengajar yang sememangnya mahir dan pengalaman dalam alam sebenar dalam industri.
Pihak IKM Bintulu yang diwakili oleh Dr. Hj. Mohd Nawawi Bin Omar, Pengarah IKM Bintulu dipetik berkata, pihak IKM akan mengoptimumkan kerjasama yg terjalin ini terutama dalam bantuan khidmat nasihat berkaitan penambahbaikkan silibus serta peralatan yang sedia ada di institut ini dan usaha ini akan dikembangkan dengan jalinan kerjasama antara NGO lain dan mendapat akreditasi pihak JKKP bagi melaksanakan kursus kompetensi dalam bidang berkaitan dandang kepada pihak luar seperti pekerja industri pada masa akan datang. Seterusnya, bagi mendapatkan sijil kompetensi dan sijil tambahan kepada para pensyarah dan para pelajar. Sebagaimana TVET MARA ada keterbezaan dengan institusi latihan kemahiran yang lain di mana pelajar yang bergraduat daripada KKTM/ IKM ada sijil professional tambahan yang diterima daripada Sijil dan Diploma yang dikeluarkan oleh pihak MARA.
Beliau juga yakin IKM Bintulu mampu menjadi penanda ukur kepada IKM lain dalam melahirkan lepasan yang kompeten pada masa akan datang bagi memenuhi pasaran kerja mahir negara.
Disediakan oleh,
MUHAMMAD SALAHUDDIN BIN ABDUL MAJID
SETIAUSAHA KEHORMAT
MALAYSIAN STEAM AND INTERNAL COMBUSTION ENGINE ENGINEER ASSOCIATION (MSIEA)
Share:

Monday 22 October 2018

KPM Cadang Kokurikulum Renang Mulai 2019



guru,ikmbintulu


KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan cadang kokurikulum belajar berenang mulai 2019. Mulai tahun depan kegiatan kokurikulum belajar berenang bakal diajar kepada murid sekolah dalam usaha mempersiapkan mereka dengan kemahiran itu.
Dr Maszlee Malik selaku Menteri Pendidikan berkata, buat permulaan kegiatan itu akan diajar bagi sekolah yang berdekatan dengan kemudahan kolam renang awam.
Katanya, bagi menjayakan inisiatif itu, kementeriannya akan mengadakan perbincangan lanjut untuk menyelaras perkara itu bersama Pihak Berkuasa tempatan (PBT) serta Jabatan Pendidikan Negeri.
“Kita dapati banyak kemudahan kolam renang awam di seluruh negara tidak digunakan secara optimum. Jadi, kita kita akan bincang bagi menyelaraskan perkara itu dengan JPN dan PBT.

“Harapan kita pada akhirnya pengajaran renang ini akan diperluas ke semua sekolah sebab hasrat kita ialah untuk mengelak kes lemas kalangan kanak-kanak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian Program Keselamatan Kanak-Kanak Sahabat B.I.J.A.K: Selamat dan Lindung sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia 2018 di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini, hari ini.
Kokurikulum renang itu adalah antara empat ‘hadiah’ atau berita gembira diumumkan Maszlee untuk pendidikan tahun depan.
– BHarian
Share:

Wednesday 17 October 2018

20 Kata-kata Hikmah Guru, Adab dan Ilmu



guru,ikmbintulu



Artikel ini mengandungi 20 kata hikmah berkenaan dengan adab, ilmu dan guru. Ia dipetik dari pelbagai tokoh dari serata dunia. Segarkan minda dan jernihkan jiwa dengan bacaan yang baik. Semoga bermanfaat!
20 KATA-KATA HIKMAH
1. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang. Bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka)
2. Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya. (Hamka)
3. Kata hukama: Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya. Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan. (Hamka)
4. Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras. (Hamka)
5. Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkahlaku dan akal budinya. (Hamka)
6. Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja. Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir. Dengan jalan menambah kecerdasan akal, bertambah murnilah kemerdekaan berfikir. (Hamka)
7. Dari ‘Ali bin Abi Tholib k.w. “Budi Pekerti yang mulia ada sepuluh: dermawan, malu, jujur, menyampaikan amanat, rendah hati (tawadhu), cemburu, berani, santun, sabar, dan syukur.”
8. Tiga jenis orang yang tidak diketahui kecuali dalam tiga situasi:
Pertama, tidak diketahui orang pemberani kecuali dalam situasi perang. Kedua, tidak diketahui orang yang penyabar kecuali ketika sedang marah. Ketiga, tidak diketahui sebagai teman kecuali ketika (temannya) sedang memerlukan.
9. “Tidak ada teman seperti akhlak yang baik, dan tidak ada harta warisan seperti adab.”
10. “Sekaya-kaya orang adalah yang tidak tertawan dengan ketamakan. Sebaik-baik kawan adalah yang tidak menyulitkan kawan-kawannya. Dan sebaik-baik akhlak adalah yang paling dapat membantunya dalam ketakwaan dan berhati-hati dalam beragama (wara’).”
11. Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum – (Aristotle)
12. Sesungguhnya orang yang termasuk orang yang baik-baik ialah orang yang paling baik akhlak dan adab sopannya
13. Impian bermula dari seorang guru yang mempercayaimu, yang menarik, mendorong, membawamu ke dataran tinggi, kadang dia menusukmu dengan tombak tajam bernama, “kebenaran.”
14. Guru yang menginspirasi tahu bahawa sentiasa ada batu-batu di jalan yang menghalang. Batu-batu tersebut boleh jadi batu penghalang atau batu loncatan; bergantung bagaimana kita memanfaatkan batu tersebut.
15. Guru yang bijak tidak membawamu masuk ke rumah kebijaksanaan, tapi lebih banyak membimbingmu di ambang pintu akalmu.
16. Mengajar itu bukanlah seni yang hilang, tapi kehormatannya itu merupakan tradisi yang hilang.
17. Guru yang baik itu mahal, tapi guru yang buruk itu lebih mahal.
18. Jika kau memiliki pengetahuan, biarkan orang lain menerangi lilin mereka dengan pengetahuanmu itu.
19. Guru yang baik itu ibarat lilin – membakar dirinya sendiri demi menerangi jalan orang lain.
20. Seorang guru itu adalah orang yang membuat dirinya sendiri semakin tidak berguna kepada pelajarnya.

Share:

MEMACU PENDIDIKAN DI ERA REVOLUSI INDUSTRI 4.0



industri 4.0

Majlis Anugerah Pembestarian Sekolah Peringkat Kebangsaan 2018 telah diadakan pada 16 Oktober bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Majlis telah disempurnakan oleh YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia.
Pihak KPM akan berusaha untuk mengadakan “engagement” dengan pelbagai pihak khususnya media untuk menawarkan pengisian-pengisian yang bersifat mendidik, bukan bahah-bahan picisan, lucu, dan sensasi semata-mata.
Dalam ucapan beliau, YB Menteri Pendidikan menekankan pentingnya prinsip, etika dan sikap bertanggungjawab di dalam memacu era Revolusi Industri 4.0 dengan kemajuan inovasi digital, dan penghasilan Internet Benda (Internet of Things), begitu juga kepada pengamal-pengamal media yang bertanggungjawab membentuk generasi digital dengan pemberdayaan modal insan.
Etika dan moral merupakan prinsip yang menjadi kunci kepada agenda transformasi digital yang digerakkan oleh Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD). Jangan biarkan teknologi merakus peribadi kita.
Konsep Pembestarian Sekolah, bermula dengan inisiatif Sekolah Bestari yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1999, merupakan salah satu daripada tujuh aplikasi perdana Koridor Raya Multimedia.
Konsep ini menyediakan kerangka asas peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta pengurusan dan pentadbiran sekolah (PdT) dan mengayakan hasil pembelajaran murid melalui penggunaan ICT.
Inisiatif ini telah memberikan impak yang besar dalam transformasi pengajaran dan pembelajaran berbantukan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di semua sekolah di Malaysia dan membuahkan hasil yang memberangsangkan.
Di samping itu, konsep ‛Sekolah Bestari’ telah berjaya membawa Malaysia ke persada dunia serta menjadi model negara-negara luar termasuk Korea Selatan.

Share:

LEVEL USAHAWAN YANG ANDA PERLU TEMPUH



Sebut mengenai usahawan, pasti kita terbayangkan peniaga yang bersama kereta besar dan bisnes yang
stabil, sudah mempunyai banyak cawangan dan berjaya. Tetapi sebenarnya banyak tahap yang perlu
ditempuhi sebelum usahawan mencapai tahap itu. Berikut adalah stage atau tahap usahawan yang perlu
lalui:

1) BEGINNER
Biasanya beginner adalah orang yang masih bekerja dan mahu menjana pendapatan sampingan. Level
ini agak mencabar keimanan seseorang usahawan kerana perlu membahagi kepada dua komitmen.
Dengan ilmu yang tidak mencukupi dan semangat mudah luntur, banyak usahawan tersungkur dijalan
ini. Bak kata pepatah, hangat-hangat tahi ayam.
Ada yang mulakan dengan menjadi agen dropship atau bekerja dibawah orang lain. Tengok dan
perhatikan cara orang lain bekerja, ianya pengalaman yang sangat berharga dan berguna.
Terdapat juga yang masih tercari-cari pekerjaan atau yang mengisi masa menganggur dengan berniaga.
Level beginner inilah masa untuk mendapatkan kaedah pemasaran, strategi bisnes, cara mendekati
pelanggan dan networking. Cara inilah lebih berkesan untuk menimba ilmu, melalui pengalaman bekerja
dengan orang lain atau persendirian.

2) PEMILIK TUNGGAL
Tahap seterusnya adalah pemilik pensendirian. Selepas lepas tahap beginner, usahawan mula mahu
mendaftar nama syarikat sendiri secara sah dan kini mula mahu serius, bukan main-main dan
memberikan komitmen sepenuhnya. Semua benda dibuat sendiri daripada memikirkan barang yang
mahu dijual, cara marketing dan berhubung dengan pelanggan semua dilakukan berseorangan.


3) BOS
Seterusnya setelah bisnes semakin baik, usahawan mula mahukan pembantu kerana tidak menang
tangan. Pembantu akan mengikut arahan bos tetapi bos tidak mencurahkan sepenuh kepercayaan
kepada pekerjanya. Semuanya akan dipantau oleh si bos. Tanggungjawab bos kini bertambah, perlu
memikirkan hal ehwal pekerja, pengurusan pekerja dan seimbangkan antara sales dengan production.
Bos perlulah menjadi leader yang bagus dan tunjukkan role model yang boleh dicontohi.

4) CEO
Di level ini ceo mula menyerahkan tugas-tugas dan kepercayaan kepada orang bawahnya. Meeting
biasanya dilakukan seminggu sekali atau sebulan sekali bagi memantau. Mereka kini tidak lagi secara
direct menjalankan perniagaan, tetapi memikirkan mula memikirkan untuk menambah francais dan
cawangan bagi mengembangkan perniagaan. Mereka memikirkan risiko mendatang, melakukan
pelaburan dalam bisnes lain dan perancangan masa hadapan syarikat.


5) KORPORAT
Ini tahap tertinggi untuk CEO atau president syarikat akan ambil peluang dan melakukan pelaburan yang
tinggi. Mereka tidak lagi memikirkan hal-hal yang kecil tetapi merangka masa depan syarikat bertahun-
tahun kehadapan. Peluang yang ada untuk akan diambil walau risikonya besar. Menjual dan membeli
bisnes bukan lagi asing bagi tahap korporat.
Sumber:- Usahawan.com

Share:

Pertandingan Business Race Sesi Jul-Dis 2018


Ikm Bintulu, Seramai 30 orang pelajar Ikm Bintulu terlibat dalam pertandingan Business Race sempena sambutan Minggu Aktiviti Pelajar bagi sesi Jul-Dis 2018, Pertandingan berlangung di Dataran Pasar Lama Bintulu. Program ini dapat memupuk semangat keusahawanan di kalangan para pelajar disamping belajar cara-cara  berkomunikasi dan juga menguruskan perniagaan secara praktikal.





Share:

PELAWAT

Flag Counter

CHAT BOX

Copyright © MohammadMuai | Powered by Blogger Distributed By Protemplateslab & Design by Mohammadsaja@2018 | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com