Unique Selling Proposition (USP)

Aku dah tahu dah apa yang aku nak jual, tapi aku tengok ramai orang lain jual benda yang sama camna ni. Nak kena tukar produk ke? Kau yakin produk ni boleh jual? Kau dah tahu pada siapa kau nak jual? Jika semua jawapan untuk soalan ni ya. Just Duit bro. Tapi kau kena tahu apa USP produk atau perkhidmatan kau.
  

Apa benda pulak USP ni? USB aku tahulah, lubang untuk cucuk pendrive tu


Ha! Pandai pun, USP ni lubang untuk cari pembeli dan membina pelanggan. Apa beza pembeli dengan pelanggan? Bukan sama je ke. Pembeli ialah orang yang beli dari kita, pelanggan ialah orng yang membeli secara berulang dengan kita, kan beza tu.

Ok dah faham dah. USP tu apa pulak? USP ni apa yang membezakan apa yang kau jual dengan orang lain. X Factor. Kau tengok gambar kat bawah tu. Jika tak faham juga, kau Google je banyak maklumat pasal USP ni, tapi cerita sama je, camna nak pengaruhi orang lain untuk beli barang dari kita. Camna tu? Penuhilah keperluan dan kehendak pembeli. Kalau dia tak cukup kasih sayang kau belai lah dengan ayat power, kalau dia lapar kau offerlah dia makanan, kalau dia tak cukup duit kau offerlah barang yang murah atau beri diskaun.



                                                              Klik gambar untuk paparan lelbih jelas

   Klik gambar untuk paparan lelbih jelas



Klik gambar untuk paparan lelbih jelas














0 comments:

Post a Comment

PELAWAT

Flag Counter

CHAT BOX

Copyright © MohammadMuai | Powered by Blogger Distributed By Protemplateslab & Design by Mohammadsaja@2018 | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com