SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI MOHAMMAD SAJA, SEMOGA DIPERMUDAHKAN SEMUA URUSAN KITA DUNIA DAN AKHIRAT

FB ADS: Mengenal Sasaran

 Mengenal pasti sasaran adalah penting untuk memastikan maklumat yang kongsi sampai kepada orang yang berminat dengan produk atau perkhidmatan orang yang anda tawarkan. Fb membenarkan kita memilih kepada siapa iklan akan di paparkan berdasarkan faktor geografi seperti  lokasi dan demografi seperti jantina, umur dan minat. Proses penentuan sasaran ini dikenali sebagai segmentasi. Anda juga boleh menentukan sasaran anda berdasarkan kepada aktiviti yang dibuat dengan menggunakan Internet yang tidak mempunyai kaitan dengan Facebook.

Pengiklan mempunyai kuasa penuh untuk menentukan kumpulan segmen pelanggan yang akan dapat melihat iklan yang disiarkan di dalam Facebook. Bergantung kepada strategi pemasaran yang digunakan anda boleh menetapkan satu atau lebih pilihan sasaran.

Memilih audiens yang tepat
Pemilihan audiens yang betul adalah amat penting di dalam proses segmentasi. Sebelum menentukan kumpulan sasaran tanya diri anda soalan berikut:
·         Apa peranti yang digunakan oleh pelanggan untuk melihat maklumat yang akan anda paparkan? Komputer deskstop, telefon pintar, tablet atau gabungan keduanya.
·         Berapa siri kempen yang akan di jalankan? Adakah mesej yang dihantar akan ditujukan kepada segmen pembeli tertentu sahaja?
·         Bagaimana saya boleh meningkatkan nilai iklan saya?

Sasaran boleh dipilih berdasarkan kepada:
  •      Lokasi;
  •          Minat;
  •         Kelakuan;
  •          Kategori; dan
  •          Perhubungan (orang yang telah mengikuti Facebook Page anda).

Penetapan sasaran yang tepat dan jelas akan membantu kejayaan kempen yang dijalankan. Penetapan sasaran akan turut menjadikan kos pengiklanan kos efektif. Jika anda tidak menetapkan kumpulan sasaran, kos untuk mendapatkan seorang bakal pembeli adalah lebih tinggi. Sebagai contoh, tanpa menetapkan kumpulan sasar jika iklan anda dihantar kepada 100 orang, mungkin hanya 10 orang berminat untuk melihat iklan tersebut, ada lebih baik jika anda dapat menapis 90 orang yang tidak berminat itu lebih awal supaya kos pengiklanan dapat dikurangkan.

Anda boleh menetapkan sasaran iklan di Fb Ads

0 comments:

Post a Comment

PELAWAT

Flag Counter

CHAT BOX

Copyright © MohammadMuai | Powered by Blogger Distributed By Protemplateslab & Design by Mohammadsaja@2018 | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com