SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI MOHAMMAD SAJA, SEMOGA DIPERMUDAHKAN SEMUA URUSAN KITA DUNIA DAN AKHIRAT

4 Cara Meningkatkan Engagement Menggunakan Instagram

 Post semula kandungan Instagram ke Facebook

Kajian yang dijalankan oleh Buzzsumo ke atas 1 bilion post Facebook yang disiarkan oleh 3 juta pages perniagaan menunjukkan imej yang di post ke Facebook melalui Instagram menerima lebih banyak engagement berbanding imej yang disiarkan secara terus menggunakan Facebook.





Manfaatkan hastag
Hashtag telah menjadi standard baru untuk menghimpunkan kandungan di dalam media sosial. Hashtag boleh digunakan oleh pengguna Instagram untuk mencari sesuatu kandungan dan akaun untuk diikuti. Kajian yang dijalankan oleh Track Maven mendapati bahawa post yang mempunyai lebih dari 11 hashtag cenderung untuk mendapat lebih banyak engagement.



Gunakan imej dengan wajah manusia untuk meningkatkan engagement
Kajian yang dibuat oleh Georgia Tech yang dijalankan ke atas 1.1 juta gambar di akaun Instagram secara rawak mendapati bahawa imej dengan wajah manusia mendapat:
38% lebih Like.
32% lebih komen.



Bereksperimen dengan Instagram Ads
Hasil dari kajian yang dijalankan oleh Nielsen, iklan penjenamaan yang disiarkan menggunakan Instagram Ads menghasilkan hasil 2.8 kali lebih tinggi daripada kaedah pengiklanan atas talian lain yang biasa digunakan oleh Nielsen.

Instagram membenarkan pelbagai format iklan digunakan dari gambar dan video kepada iklan berbentuk carousel yang membenarkan lebih banyak cerita berkaitan jenama disiarkan dan menyediakan pautan untuk memberi lebih banyak maklumat kepada pelawat.

Instagram di dalam Blog mereka menyatakan, Orang datang ke Instagram untuk mendapatkan maklumat mengenai minat mereka daripada melancong dan fesyen kepada kereta dan hiburan. Mereka suka melihat iklan yang ada kaitan dengan minat mereka. Pengiklan juga mahu memastikan bahawa iklan mereka dilihat oleh seseorang bukan kerana umur, lokasi dan jantina tetapi kerana orang, tempat dan perkara yang mereka sukai. Instagam membenarkan iklan disiarkan mengikut demografi dan minat.

Kredit : Coach Abdul Shokor

0 comments:

Post a Comment

PELAWAT

Flag Counter

CHAT BOX

Copyright © MohammadMuai | Powered by Blogger Distributed By Protemplateslab & Design by Mohammadsaja@2018 | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com