SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI MOHAMMAD SAJA, SEMOGA DIPERMUDAHKAN SEMUA URUSAN KITA DUNIA DAN AKHIRAT

Whatsapp Business: Pengenalan




WhatsApp ialah aplikasi penghantaran mesej segera yang boleh digunakan untuk bertukar - tukar mesej antara pengguna. Aplikasi beroperasi dengan cara yang sama seperti program penghantaran mesej dengan menggunakan komputer (chat) yang telah lama wujud di Internet, yang berbeza hanyalah sistem boleh beroperasi dengan menggunakan komputer dan telefon pintar.

Perkhidmatan WhatsApp adalah sama dengan SMS, apa yang berbeza ialah WhatsApp membenarkan pengguna menghantar dan menerima mesej berbentuk teks, imej dan video dengan tanpa had dan percuma. Manakala setiap SMS yang dihantar oleh pengguna akan dikenakan bayaran oleh penyedia perkhidmatan talian telefon berkenaan. Untuk menikmati perkhidmatan yang disediakan pegguna WhatsApp perlu mempunyai akses kepada talian Internet sama ada talian berbayar atau percuma.

Berikut adalah cara bagaimana WhatsApp boleh digunakan sebagai alat pemasaran digital:

Menghantar dan menerima mesej
WhatsApp oleh dianggap sebagai alat pemasaran digital yang paling berkesan dan cepat untuk menyampaikan maklumat kepada golongan sasaran terus. WhatsApp boleh digunakan oleh pemasar untuk menjalankan promosi melalui kaedah visual, nota suara dan video. Kandungan mesej di dalam WhatsApp juga boleh diubahsuai mengikut kumpulan sasaran untuk menimbulkan sentuhan individu.

Gambar profil
Logo syarikat atau produk boleh dijadikan sebagai gambar profil WhatsApp untuk mempromosikan jenama atau produk. Untuk mendapatkan kesan yang terbaik gambar profil yang dipilih mestilah mampu menarik minat audiens untuk berinteraksi dengan jenama anda.

Status profil
Status profil WhatsApp hendaklah digunakan secara kreatif; tulis mesej ringkas untuk menarik perhatian dan meningkatkan perasaan ingin tahu di kalangan audiens anda.  



Sasaran berkumpulan
Gerup WhatsApp adalah merupakan cara terbaik untuk membentuk segmentasi dengan menggunakan aplikasi WhatsApp. Gerup WhatsApp boleh digunakan untuk mengumpulkan orang yang mempunyai minat yang sama dan memulakan perbincangan. Melalui kaedah ini anda boleh mengumpul maklumat untuk mengenali keperluan dan kehendak segmen yang telah dikenal pasti. Kaedah ini juga mudah untuk memviralkan sesuatu mesej kerana ahli kumpulan akan cenderung untuk berkongsi maklumat yang mereka gemari dengan rakan – rakan mereka yang lain.

Kempen pemasaran
Anda boleh menggalakkan pembeli untuk menghantar gambar mereka bersama produk anda atau bergambar di hadapan papan iklan perniagaan anda dan sebagainya, sebagai balasan mereka akan menerima kupon diskaun. Kedah ini berkesan untuk menambah dan meningkatkan pelanggan.

Komunikasi dalaman
Pada hari ini hampir semua orang mempunyai telefon pintar. Email, Facebook, WhatsApp, Instragram adalah antara alat perhubungan yang sering digunakan pada hari ini. Menurut Statista pada bulan Disember 2017 seramai 1.6 bilion penduduk dunia menggunakan WhatsApp untuk berkomunikasi. WhatsApp telah mengubah cara manusia berkomunikasi, dengan adanya WhatsApp maklumat kini boleh tersebar dengan cepat dan pantas.



Promosi acara

Selain dari berhubung whatsApp juga boleh digunakan untuk mempromosikan sesuatu acara. WhatsApp boleh digunakan untuk berkongsi butiran acara, gambar dan video.

Membuat perhubungan dengan pelanggan
Majoriti pelanggan pada hari ini lebih selesa untuk berhubung dengan peniaga atau penjual dengan menggunakan teks berbanding bercakap di telefon. Dengan menggunakan WhatsApp penjual dapat membina perhubungan yang lebih baik dengan pembeli atau pelanggan.

Bantuan pelanggan
WhatsApp juga boleh digunakan sebagai talian bantuan pelanggan dengan menggunakan WhatsApp pelanggan boleh menghantar mesej dan tidak rasa terganggu akibat terpaksa menunggu dengan lama di talian sebelum dapat bercakap dengan pegawai khidmat pelanggan. Walaubagaimanapun kaedah hanya sesuai untuk jumlah pelanggan yang kecil sahaja.

Khidmat penghantaran
WhatsApp juga boleh digunakan sebagai platform untuk pengguna membuat tempahan barangan atau perkhidmatan secara atas talian.

Laporan berita
Beberapa akhbar di Brazil telah menjadikan WhatsApp sebagai saluran untuk menyampaikan berita kepada pembaca. Mereka berkongsi imej, audio dan video seperti mana yang diterbitkan di akhbar, TV dan Internet.

0 comments:

Post a Comment

PELAWAT

Flag Counter

CHAT BOX

Copyright © MohammadMuai | Powered by Blogger Distributed By Protemplateslab & Design by Mohammadsaja@2018 | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com