SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI MOHAMMAD SAJA, SEMOGA DIPERMUDAHKAN SEMUA URUSAN KITA DUNIA DAN AKHIRAT

Tuesday 23 October 2018

KERJASAMA IKM BINTULU - MSIEA BAKAL LAHIRKAN LEPASAN KOMPETEN



pendidikan

BINTULU, 1 Sept 2018
IKM Bintulu telah merekodkan sejarah tersendiri dengan mengadakan kerjasama dengan Malaysian Steam And Internal Combustion Engine Engineer Association (MSIEA) yang merupakan NGO yang memartabatkan pengamal dan Orang Yang Kompeten (OYK) dalam bidang Dandang dan Enjin Pembakaran Dalam. Ia dizahirkan melalui majlis menandatangani Surat Hasrat (LOI) diantara kedua-dua pihak di salah sebuah hotel terkemuka di bandaraya Bintulu.
Menurut En. Muhammad Salahuddin bin Abdul Majid, Setiausaha Kehormat MSIEA, kerjasama ini amat baik sekali bagi memberi ruang kepada kedua pihak memperkembangkan informasi serta teknologi berkaitan serta ia mampu melahirkan lepasan IKM terutama daripada IKM Bintulu sebagai seorang pekerja yang kompeten apabila menempuhi alam pekerjaan nanti dan memantapkan kebolehpasaran pelajar memasuki indusri penting seperti Oil & Gas, Loji Janakuasa dan sebagainya.
Beliau berkata demikian ketika bercakap kepada wartawan setelah selesai mewakili MSIEA di majlis menandatangani LOI yang disaksikan oleh lebih 50 orang peserta yang mewakili pelbagai industri berkaitan dari seluruh negeri Sarawak iaitu termasuk Loji Minyak dan Gas, Kilang Kelapa Sawit, Kilang Papan, Pensyarah IPT dan wakil daripada badan penguatkuasa seperti Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Sarawak Cawangan Bintulu.
Pihak MSIEA juga telah menjemput beberapa pensyarah dari IKM Bintulu mengikuti kursus yang berlangsung selama 3 hari ini dan menurut seorang wakil yang mewakili IKM Bintulu iaitu En. Michael Anak Jangi, pensyarah Jabatan Operasi Loji, beliau menggambarkan kerjasama ini umpama rahmat kepada pelajar dibawah jabatan beliau kerana kerjasama ini mampu meningkatkan pengetahuan bukan sahaja secara teori mahupun amali melalui perkongsian pengalaman sebenar daripada tenaga pengajar yang sememangnya mahir dan pengalaman dalam alam sebenar dalam industri.
Pihak IKM Bintulu yang diwakili oleh Dr. Hj. Mohd Nawawi Bin Omar, Pengarah IKM Bintulu dipetik berkata, pihak IKM akan mengoptimumkan kerjasama yg terjalin ini terutama dalam bantuan khidmat nasihat berkaitan penambahbaikkan silibus serta peralatan yang sedia ada di institut ini dan usaha ini akan dikembangkan dengan jalinan kerjasama antara NGO lain dan mendapat akreditasi pihak JKKP bagi melaksanakan kursus kompetensi dalam bidang berkaitan dandang kepada pihak luar seperti pekerja industri pada masa akan datang. Seterusnya, bagi mendapatkan sijil kompetensi dan sijil tambahan kepada para pensyarah dan para pelajar. Sebagaimana TVET MARA ada keterbezaan dengan institusi latihan kemahiran yang lain di mana pelajar yang bergraduat daripada KKTM/ IKM ada sijil professional tambahan yang diterima daripada Sijil dan Diploma yang dikeluarkan oleh pihak MARA.
Beliau juga yakin IKM Bintulu mampu menjadi penanda ukur kepada IKM lain dalam melahirkan lepasan yang kompeten pada masa akan datang bagi memenuhi pasaran kerja mahir negara.
Disediakan oleh,
MUHAMMAD SALAHUDDIN BIN ABDUL MAJID
SETIAUSAHA KEHORMAT
MALAYSIAN STEAM AND INTERNAL COMBUSTION ENGINE ENGINEER ASSOCIATION (MSIEA)
Share:

1 comment:

PELAWAT

Flag Counter

CHAT BOX

Copyright © MohammadMuai | Powered by Blogger Distributed By Protemplateslab & Design by Mohammadsaja@2018 | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com