SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI MOHAMMAD SAJA, SEMOGA DIPERMUDAHKAN SEMUA URUSAN KITA DUNIA DAN AKHIRAT

4 Cara Untuk Menghasilkan Profile Instagram Yang Boleh Meningkatkan Jualan

 Tulis Bio yang mengancam

Profil Instagram dan bio yang anda bina di dalam Instagram mesti mampu menunjukkan bahawa anda ialah seorang yang hebat dan boleh dipercayai.
0.2 saat itulah masa yang diambil oleh seseorang untuk membina tanggapan atau persepsi berkaitan jenama anda secara atas talian.

Bio Instagram yang hebat perlu:
  • Memberikan penerangan ringkas mengenai diri/jenama anda dan apa yang anda lakukan.
  • Mampu menarik perhatian audiens.
  • Gunakan nada suara jenama anda sendiri untuk berhubung dengan komuniti.


Masukkan pautan laman perniagaan anda ke dalam profil
Instagram hanya membenarkan pautan laman web yang boleh di klik di masukkan di profil Instagram Business. Berikut adalah beberapa strategi yang boleh digunakan:
  • Kebanyakan akaun Instagram menggunakan pautan untuk membawa trafik ke laman web perniagaan mereka.
  • Sesetengah perniagaan menghubungkan profil Instagram mereka ke laman yang menyiarkan kempen tertentu atau kandungan tertentu.
  • Banyak perniagaan sentiasa menukar pautan mereka untuk memacu trafik ke laman web perniagaan mereka.

Cipta profil Instagram Business
Instagram Business di cipta sebagai sebuah alat bantuan perniagaan untuk membantu perniagaan memahami pelanggan mereka dengan lebih baik. Instagram Business membenarkan pemilik perniagaan berkongsi maklumat perniagaan mereka seperti no telefon, alamat perniagaan fizikal, alamat email dan alamat laman web perniagaan dengan pelawat akaun Instagram mereka.

Gunakan imej yang mudah dikenali
Semasa memilih gambar profil adalah penting untuk menggunakan gambar profil yang mudah dikenali oleh pengguna. Gambar profil yang biasa digunakan terdiri daripada logo atau mascot.

0 comments:

Post a Comment

PELAWAT

Flag Counter

CHAT BOX

Copyright © MohammadMuai | Powered by Blogger Distributed By Protemplateslab & Design by Mohammadsaja@2018 | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com