SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI MOHAMMAD SAJA, SEMOGA DIPERMUDAHKAN SEMUA URUSAN KITA DUNIA DAN AKHIRAT

Monday 22 October 2018

KPM Cadang Kokurikulum Renang Mulai 2019



guru,ikmbintulu


KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan cadang kokurikulum belajar berenang mulai 2019. Mulai tahun depan kegiatan kokurikulum belajar berenang bakal diajar kepada murid sekolah dalam usaha mempersiapkan mereka dengan kemahiran itu.
Dr Maszlee Malik selaku Menteri Pendidikan berkata, buat permulaan kegiatan itu akan diajar bagi sekolah yang berdekatan dengan kemudahan kolam renang awam.
Katanya, bagi menjayakan inisiatif itu, kementeriannya akan mengadakan perbincangan lanjut untuk menyelaras perkara itu bersama Pihak Berkuasa tempatan (PBT) serta Jabatan Pendidikan Negeri.
“Kita dapati banyak kemudahan kolam renang awam di seluruh negara tidak digunakan secara optimum. Jadi, kita kita akan bincang bagi menyelaraskan perkara itu dengan JPN dan PBT.

“Harapan kita pada akhirnya pengajaran renang ini akan diperluas ke semua sekolah sebab hasrat kita ialah untuk mengelak kes lemas kalangan kanak-kanak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian Program Keselamatan Kanak-Kanak Sahabat B.I.J.A.K: Selamat dan Lindung sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia 2018 di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini, hari ini.
Kokurikulum renang itu adalah antara empat ‘hadiah’ atau berita gembira diumumkan Maszlee untuk pendidikan tahun depan.
– BHarian
Share:

0 comments:

Post a Comment

PELAWAT

Flag Counter

CHAT BOX

Copyright © MohammadMuai | Powered by Blogger Distributed By Protemplateslab & Design by Mohammadsaja@2018 | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com