25 alat yang disediakan oleh Google untuk pemilik perniagaan yang tidak anda ketahui

 1.      Google My Business

Terdapat 100 bilion carian dibuat dengan menggunakan Google di dalam setiap bulan, jika sesebuah perniagaan tidak dapat dijumpai dengan menggunakan Google anda telah mengalami kerugian yang amat besar. Google My Business adalah untuk menyenaraikan sesebuah perniagaan secara PERCUMA dan boleh digunakan untuk mencari bakal pelanggan.



2.      Google retail
Google retail menyediakan perkhidmatan percuma di mana sesebuah perniagaan runcit boleh menyenaraikan inventori mereka dan membuat iklan jualan secara atas talian.

3.       Think with Google
Think with Google berkongsi pendapat industri, artikel, kajian kes, dokumen penyelidikan,  infografik dan temu ramah dengan pakar industri.

4.      Google analytics
Tujuan utama perniagaan adalah untuk mendapatkan perhatian serta menjana seramai mungkin bakal pembeli. Untuk perniagaan yang dijalankan dengan menggunakan bantuan laman web, data pengunjung yang mengunjungi laman web mereka adalah data yang amat penting. Google analytics menyediakan perkhidmatan untuk menganalisis maklumat pengunjung laman web secara percuma.

5.      Google Alerts
Google alerts akan menghantar email apabila terdapat sebarang perkembangan baru berkaitan topik yang anda minat di Internet. Maklumat ini boleh digunakan untuk mendapat maklumat terkini berkaitan sesuatu industri serta mendapat maklumat mengenai pesaing anda.

6.      Google trend
Setiap perniagaan perlu berkembang dari masa ke semasa, pemasaran perlu tahu lenggok bahasa dan istilah yang sesuai dengan kumpulan sasaran untuk digunakan di dalam laman web, bahan pemasaran dan untuk menarik perhatian enjin carian (SEO). Google trend membekalkan data kata kunci yang digunakan oleh pengguna laman web untuk mencari sesuatu produk atau perkhidmatan. Maklumat ini boleh digunakan untuk membandingkan tahap kepopularan sesuatu kata kunci berbanding kata kunci yang lain.



7.      Google Correlate
Google Correlate mempunyai fungsi yang hampir sama dengan Google Trend, Google Correlate berfungsi secara terbalik berbanding Google Trend. Dengan menggunakan Trend apabila kata kunci tertentu dimasukkan, Google Trend akan menyenaraikan aktiviti yang berkaitan dengan kata kunci berkenaan. Google Correlate pula menyenaraikan carian yang dibuat berdasarkan senarai aktiviti yang dimasukkan. Artikel berikut menerangkan cara penggunaan Google Correlate, https://www.shivarweb.com/5374/google-correlate-for-marketing/.

8.      Public Data Explorer
Google public data explorer membekalkan maklumat data umum dan ramalan yang dibuat oleh organisasi dan institusi awam termasuk bank dunia.

9.      Google Form
Google form menawarkan perkhidmatan untuk membuat kaji selidik atas talian dengan secara mudah.



10.  Google Blogger
Google Blogger menawarkan perkhidmatan membina blog secara percuma dan mudah.
mohammadmuai.com

11.   Keyword Planner
Keyword planner menawarkan perkhidmatan pengiklanan laman web di enjin carian Google. Aplikasi ini akan membekalkan maklumat anggaran bilangan pengunjung yang akan diperolehi dan kos yang perlu dibelanjakan untuk mengiklankan sesebuah laman web dengan menggunakan kata kunci tertentu.

12.   Google Webmasters Tool
Aplikasi Google Webmasters Tool  membekalkan maklumat penting yang diperlukan oleh admin laman web seperti bilangan pengunjung, sumber trafik, keadaan kesihatan laman dan lain – lain.  

13.   Google Feedburner
Google Feedburner membenarkan pengguna laman web untuk melanggan kandungan sesebuah laman web. Setelah melanggan pengunjung akan menerima makluman berkaitan kemas kini di laman web yang dilanggan melalui RSS, laman web atau email.

14.   Google Scholar
Google Scholar digunakan untuk mendapatkan artikel dari jurnal akademik secara percuma.

15.  Hangout for business
Google Hangout digunakan untuk membuat konferensi video.

16.  Google Calender for business
Google calander boleh digunakan untuk menyimpan maklumat seperti temu janji dan sebagainya.

17.  Google Keep
Mempunyai fungsi yang sama seperti OneNote dan EverNote. Google keep boleh diselaraskan dengan aplikasi Google yang lain.

18.   Google Drawing
Boleh digunakan untuk melukis objek seperti carta alir dan diagram dan menghubungkannya dengan laman web dengan mudah.

19.  Google Group
Menyediakan ruangan forum untuk berkongsi pendapat dan betukar – tukar fikiran.

20.   Google Resizer
Apalikasi ini membenarkan pembangun laman web membuat suntingan grafik untuk disesuaikan dengan laman web mereka serta melihat keadaan grafik tersebut apabila dipaparkan dengan menggunakan peralatan yang berbeza.

21.   Google Page Speed
Digunakan untuk mengukur kelajuan paparan sesebuah laman web.

22.   URL Shortener
Google URL Shrotener digunakan untuk memendekkan url laman web yang panjang supaya mudah untuk diingati.

23.  Google Classroom
Digunakan untuk menghubungkan guru dan pelajar secara maya.

24.   Developer tool
Google menawarkan pelbagai peralatan untuk membangunkan aplikasi.

25.  Google Digital Garage
Google Digital Garage ialah ruang pembelajaran atas talian untuk topik seperti  pembinaan laman web dan pemasaran on line. Persijilan profesional turut disediakan.

Sumber: https://www.profitbooks.net/google-for-business-free-tools/



Kredit :Coach Abdul Shokur


0 comments:

Post a Comment

PELAWAT

Flag Counter

CHAT BOX

Copyright © MohammadMuai | Powered by Blogger Distributed By Protemplateslab & Design by Mohammadsaja@2018 | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com