SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI MOHAMMAD SAJA, SEMOGA DIPERMUDAHKAN SEMUA URUSAN KITA DUNIA DAN AKHIRAT

7 Best Practices Instagram Untuk Perniagaan

Tetapkan matlamat

Kejayaan di dalam hidup bermula dengan penetapan matlamat. Untuk mencapai kejayaan di dalam strategi pemasaran digital termasuk pemasaran dengan menggunakan Instagram, kita perlu bermula dengan penetapan matlamat yang spesifik dan jelas, boleh dicapai dalam jangka masa yang sesuai dan boleh diukur.

Berikut adalah beberapa matlamat yang sering digunakan oleh perniagaan apabila mereka menggunakan Instagram Business sebagai alat promosi:
  • Memperkenalkan produk atau servis;
  • Membina komuniti;
  • Memperkenalkan nilai dan budaya syarikat;
  • Menyasarkan iklan kepada kumpulan sasaran tertentu;
  • Mengikat kesetiaan kepada jenama; dan
  • Berkongsi maklumat mengenai syarikat.

Gunakan warna yang konsisten
Warna memainkan peranan yang penting, warna melambangkan identiti sesebuah perniagaan, pelanggan akan mudah mengingati jenama tertentu apabila mereka didedahkan kepada warna tertentu.

Guna gaya tulisan yang konsisten di dalam setiap post
Trend pemasaran terkini menggunakan gabungan teks yang di letakkan di atas gambar.  Sesetengah perniagaan menggunakan gaya tulisan yang sama untuk semua post yang mereka hantar di media sosial, melalui cara ini jenama mereka lebih mudah untuk dikenali dan diingati, gaya tulisan mempunyai kesan yang sama seperti penggunaan warna.

Masukkan kapsyen yang menarik
Sekeping gambar boleh menceritakan seribu perkataan. Kapsyen yang berada di bawah gambar akan membantu pelawat memahami mesej yang ingin disampaikan dengan lebih jelas. Kapsyen hendaklah ringkas dan menarik. Instagram hanya membenarkan 2,200 karakter digunakan sebagai kapsyen.


Hantar post secara konsisten
Posting yang terlalu kerap akan menyebabkan pengikut anda berasa terganggu, posting yang terlalu kurang akan menyebabkan jenama anda sukar untuk diingati. Tiada peraturan tertentu berapa kerap posting perlu dihantar, yang penting hantar post berkualiti secara berkala mengikut jadual tertentu untuk memastikan jenama anda sentiasa berada di fikiran prospek dan pelanggan.

Analisa posting yang paling berjaya
Untuk mengetahui bentuk post yang bersesuaian dengan golongan sasar anda perlu menghantar beberapa jenis post dan melihat kadar tindak balas pengikut terhadap post tersebut, Instagram ada menyediakan alat untuk membuat analisis keberkesanan post:
  • Post mana yang mendapat Like yang paling tinggi;
  • Bagaimana post yang dihantar dapat menarik tindak balas pelawat; dan
  • Post yang paling banyak mendapat komen.

Beri maklum balas kepada komen terhadap post anda
Maklum balas terhadap komen yang diberikan di bawah post anda merupakan cara terbaik untuk membina hubungan dengan pengikut dan pelawat akaun instagram. Tunjukkan keprihatinan anda dengan memberi maklum balas kepada komen yang dibuat oleh orang lain.


Kredit : Coach Abdul Shokor

0 comments:

Post a Comment

PELAWAT

Flag Counter

CHAT BOX

Copyright © MohammadMuai | Powered by Blogger Distributed By Protemplateslab & Design by Mohammadsaja@2018 | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com