SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI MOHAMMAD SAJA, SEMOGA DIPERMUDAHKAN SEMUA URUSAN KITA DUNIA DAN AKHIRAT

Serlahkan Jenama Perniagaan Anda Menggunakan Profile Instagram Business

Profil Instagram di dalam Instagram Business adalah gabungan daripada gambar profil, nama dan username, Bio, pautan laman web, kategori, butang CTA (Call to Action), Email, peta dan no telefon.


Gambar profil
Setiap profil sama ada di Facebok, Instagram dan WhasApp yang digunakan sebagai alat perniagaan mestilah dilengkapi dengan gambar profil yang sesuai dengan jenama perniagaan anda. Logo atau gambar produk adalah gambar yang paling sesuai untuk dijadikan sebagai gambar profil media sosial yang digunakan untuk perniagaan.

Nama dan username
Username Instagram terletak di bahagian atas profil, username ini digunakan oleh orang lain untuk tag anda di akaun Instagram. Kedua – dua nama dan username boleh dicari dengan menggunakan fungsi carian Instagram, pastikan anda gunakan nama yang mudah diingati dan mempunyai kaitan dengan syarikat atau jenama produk atau perkhidmatan anda.

Bio
Bio Instagram ialah ayat yang terdiri daripada 150 karakter yang menceritakan mengenai perniagaan anda dan tindakan yang anda harap bakal pembeli akan lakukan.



Laman web
Pautan ke laman web hanya boleh diletakkan di satu tempat sahaja di Instagram iaitu di profil. Gunakan ruang ini dengan sebaik mungkin.


Kategori
Perniagaan di Instagram akan dikategorikan mengikut kategori perniagaan yang dipilih di Facebook Page. Untuk menggunakan fungsi ini anda perlu mendaftar Instagram Business. Kategori akan memudahkan pengikut mengenalpasti siapa anda sebuah perniagaan atau orang terkenal.


Butang CTA (Call to Action)
Membolehkan pelawat akaun Instagram anda menghantar email, membuat panggilan telefon atau mencari arah dengan hanya perlu menekan pautan yang diberikan sahaja. Fungsi ini hanya terdapat pada Instagram Business sahaja.


Email
Pautan email akan terhasil apabila maklumat email dimasukkan ke dalam profil Instagram Business. Pautan ini berada di bahagian bawah maklumat lain di dalam profil. Apabila pengguna menekan pautan ini, aplikasi email yang terdapat di dalam telefon pintar akan terbuka.


Direction
Direction digunakan untuk memaparkan lokasi perniagaan fizikal anda di atas peta, dengan memasukkan alat penuh premis, perniagaan anda dapat ditemui oleh pengguna Instagram dengan mudah. Apabila pautan direction ditekan, aplikasi penunjuk arah seperti Waze atau Google akan terbuka.


Call
Pautan call membolehkan Instagram Business membuat panggilan ke nombor telefon yang telah di masukkan ke dalam profil Instagram Business anda.

kredit : Coach Abdul Shokor

0 comments:

Post a Comment

PELAWAT

Flag Counter

CHAT BOX

Copyright © MohammadMuai | Powered by Blogger Distributed By Protemplateslab & Design by Mohammadsaja@2018 | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com