SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI MOHAMMAD SAJA, SEMOGA DIPERMUDAHKAN SEMUA URUSAN KITA DUNIA DAN AKHIRAT

FB ADS: Mengekalkan Audiens

 Post yang mengandungi kandungan bermaklumat adalah penting untuk mengekalkan kesetiaan audiens. Sekalipun seseorang telah menjadi pengikut di Facebook Page anda mereka boleh unfollow Facebook Pages anda dan menyebabkan post yang anda siarkan tidak terpapar di news feed mereka.


Berikut adalah beberapa tip untuk mengekalkan pengikut di Facebook Page:

·       Tajuk post mestilah ringkas dan ada kaitan dengan kandungan
Jika ingin menarik trafik ke blog dengan menggunakan link kepada artikel yang terdapat di dalam blog berkenaan, but tajuk yang boleh menarik perhatian kepada artikel berkenaan. Contoh saya ingin berkongsi cara menjalankan promosi dengan menggunakan pemasaran digital, tajuk yang saya pilih ialah “25 alat yang disediakan oleh Google untuk pemilik perniagaan yang tidak anda ketahui”. Tujuan tajuk ini adalah untuk menarik lebih banyak Like, Comment dan Share.

·       Pelbagaikan jenis Post
Pengikut akan berasa bosan jika post dalam bentuk yang sama disiarkan secara berulang. Bentuk post yang boleh digunakan ialah
1.    Post berbentuk pautan.
2.    Post berbentuk soalan.
3.    Post bergambar.
4.    Post yang disertai dengan video.


Bina jenama yang kuat jangan sekadar bergantung kepada trend
Jenama yang boleh dipercayai adalah penting untuk kelangsungan sesebuah perniagaan, dengan jenama yang kukuh kepercayaan dan kesetiaan pelanggan dapat dikekalkan. Perniagaan juga boleh mengambil peluang daripada trend semasa, walaupun ia mungkin boleh menjana pendapatan yang lumayan, ia tidak akan bertahan lama. Untuk terus kekal dalam perniagaan post yang dibuat di Facebook Page hendaklah menumpukan kepada pembangunan jenama dengan tidak melupakan peluang yang wujud dari perubahan trend semasa.

Berkomunikasi dengan pengikut mengikut cara yang mereka gemari
Post hendaklah ditulis dengan menggunakan lenggok bahasa yang sesuai dengan pembaca atau pengikut. Guna terminologi, slang, emoticons dan gambar yang sesuai dengan kumpulan sasar.

Sentiasa periksa Facebook analytics
Facebook analytics akan membekalkan maklumat penting mengenai Facebook Page anda. Facebook analytics akan membekalkan maklumat berikut:
  • Bilangan orang yang bertindak balas terhadap post anda.
  • Bilangan Like, Comment and Share untuk sesuatu post.
  • Dari negara mana Like berasal.
  • Kumpulan umur orang yang Like sesuatu post.









Jika anda mendapati bilangan interaksi terhadap sesuatu post telah berkurangan anda perlu mencuba kaedah post yang lain.

0 comments:

Post a Comment

PELAWAT

Flag Counter

CHAT BOX

Copyright © MohammadMuai | Powered by Blogger Distributed By Protemplateslab & Design by Mohammadsaja@2018 | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com