SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI MOHAMMAD SAJA, SEMOGA DIPERMUDAHKAN SEMUA URUSAN KITA DUNIA DAN AKHIRAT

Alat Promosi

Pemasar boleh memilih untuk menggunakan salah satu atau gabungan empat alat untuk mempromosikan sesuatu produk atau perkhidmatan iaitu pengiklanan, promosi jualan, perhubungan awam dan pemasaran terus.


klik pada gambar untuk paparan lebih jelas



Pengiklanan ialah sebarang jenis komunikasi berbayar atau promosi produk, perkhidmatan atau idea. Pembangunan iklan melibatkan 5M iaitu misi (mission), wang (money), mesej (message), media dan pengukuran (measurement).


klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

Misi merujuk kepada objektif pengiklanan dijalankan. Objektif pengiklanan boleh terdiri daripada memberi maklumat, memujuk, mengingatkan atau mengukuhkan. Penentuan bajet untuk pengiklanan ditentukan berdasarkan kepada kitaran hayat sesuatu produk, kedudukan produk di dalam pasaran, persaingan dan kebolehgantian produk. Mesej dan media pengiklanan yang digunakan bergantung kepada kumpulan sasaran yang disasarkan untuk membeli produk atau perkhidmatan. Keberkesanan iklan diukur melalui kajian keberkesanan komunikasi dan kajian jualan.

Promosi jualan digunakan untuk meningkatkan jualan dalam masa yang singkat. Promosi jualan digunakan untuk menarik perhatian pembeli untuk membeli sesuatu produk atau perkhidmatan. Antara promosi jualan yang kerap digunakan ialah pemberian kupon, hadiah percuma dan potongan harga.

Komponen terpenting di dalam perhubungan awam ialah mewujudkan hubungan baik dengan masyarakat dan mengekalkan nama baik dan imej korporat. Aktiviti CSR adalah antara program perhubungan awam yang paling kerap digunakan.

Pemasaran terus merujuk kepada aktiviti pemasaran yang dijalankan secara terus kepada golongan sasar tanpa menggunakan perantara. Jualan bersemuka, katalog, pemasaran melalui telefon, TV dan kiosk adalah antara media pemasaran terus.

Kredit :Coach Abdul Shokur

0 comments:

Post a Comment

PELAWAT

Flag Counter

CHAT BOX

Copyright © MohammadMuai | Powered by Blogger Distributed By Protemplateslab & Design by Mohammadsaja@2018 | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com