SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI MOHAMMAD SAJA, SEMOGA DIPERMUDAHKAN SEMUA URUSAN KITA DUNIA DAN AKHIRAT

Facebook Insight: Performance Metrics

 Performance metric digunakan untuk mengukur prestasi seseorang di Facebook. Untuk memahami bagaimana pengukuran dilakukan kita perlu definisi metric utama dan kepentingan metric tersebut semasa membuat pengukuran.  


Engagement metrics yang dibincangkan di dalam artikel ini digunakan untuk membina komuniti dan hubungan dengan pelanggan. Pengukuran yang terlibat ialah page likes, engaged users, engagement rate dan total engagement.

Page Likes

Page like ialah bilangan orang yang “Like” Facebook Page anda untuk satu tempoh masa tertentu. Ini ialah audiens anda di Facebook. Page like di Facebook adalah penting kerana ia akan menimbulkan persepsi bilangan orang yang meminati produk, servis atau jenama. Page like juga boleh digunakan untuk menyasarkan iklan kerana anda boleh memilih untuk menyiarkan iklan kepada orang yang like Facebook Pages anda atau anda boleh mengecualikan mereka dari kumpulan sasaran. Kini Facebook turut menawarkan kempen pengiklanan untuk mendapatkan lebih banyak Like.Iklan ini akan menyasakan orang yang betul yang sesuai dengan perniagaan anda dengan menyasarkan lokasi, umur dan minat dan mengajak mereka untuk Like Facebook Pages anda. Dengan mengukur pertambahan jumlah  Like, anda boleh mengenal pasti; kandungan yang menyumbang kepada pertambahan Like, bagaimana populariti anda berkembang dan bagaimana untuk mengoptimakan pembelian iklan berbayar.

Engagement 

Engagement mengukur interaksi orang dengan kandungan post atau promosi dengan orang berada di sekitar kehidupan mereka. Orang boleh melakukan engagement dengan cara berkongsi (share), memberi komen (comment), Like atau membuat klik pada sesuatu post.

Likes: Apabila pengguna suka pada sesuatu post yang terdapat pada Facebook Page.

Comments: Apabila pengguna memberi komen pada sesuatu post berkaitan jenama, produ atau perkhidmatan.

Shares: Apabila pengguna berkongsi maklumat berkaitan jenama, produk atau perkhidmatan dengan orang lain.


People Engaged


People Engaged: mengukur bilangan orang yang unik (orang yang berbeza) yang berinteraksi secara aktif dengan sesuatu post (Like, Comment, Share atau klik).


People

People menyenaraikan maklmuat demografi berkaitan orng yang Like page anda, bukan post. Maklumat demografic ini termasuk jantina, umur, maklumat geografi dan bahasa yang digunakan.


Reach and Impressions

Reach memberi maklumat bilangan orang yang telah melihat kandungan anda. Reach adalah satu indikator penting untuk mengukur keberkesanan strategi pemasaran sosial dan kandungan yang anda gunakan.


Terdapat dua jenis reach iaitu organik dan berbayar.

Organic Reach: Bilangan orang unik yang melihat kandungan anda di News Feed, tickers (ruang yang memaparkan berita terkini yang sedang berlaku secara real time di bahagian kanan News Fee) atau pada Facebook Pages anda.

Paid Reach: Bilangan orang unik yang melihat iklan berbayar.


Impressions

Cabaran terbesar semasa proses penjenamaan ialah untuk dipaparkan diruangan News Feed dengan seberapa kerap. Impression ialah metric yang mengukur beberapa kerap kandungan anda dipaparkan di news feed pengguna.



Engagement Rate

Engagement Rate mengukur kekerapan interaksi berbanding bilangan orang yang melihat sesuatu post. Semakin tinggi kadar engagement rate semakin berkesan sesuatu kandungan post yang dipaparkan untuk menarik perhatian pengguna.  



Facebook Reactions

Facebook Reactions mengukur reaksi pengguna terhadap sesuatu post yang disiarkan di Facebook Pages.


Visits

Digunakan untuk melihat bagaimana kandungan dari Facebook Page membawa pengguna ke laman web.


Pageviews

Pageview mengukur berapa laman yang dilawati oleh pengguna selepas mereka melawati laman web anda.


Rujukan: Ultimate Guide to Facebook Analytics

0 comments:

Post a Comment

PELAWAT

Flag Counter

CHAT BOX

Copyright © MohammadMuai | Powered by Blogger Distributed By Protemplateslab & Design by Mohammadsaja@2018 | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com