SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI MOHAMMAD SAJA, SEMOGA DIPERMUDAHKAN SEMUA URUSAN KITA DUNIA DAN AKHIRAT

Jenis-Jenis Ayat Jualan Facebook

 

Posting jualan (copywriting) ialah tulisan yang digunakan untuk memperkenalkan konsep, perniagaan, pendapat atau individu. Posting jualan digunakan untuk meningkatkan minat terhadap produk atau perkhidmatan menggunakan bahasa memujuk. Tujuan posting jualan adalah untuk memujuk penonton, pembaca atau pendengar untuk membeli sesuatu produk atau mengubah sudut pandang mereka. Posting jualan terbahagi kepada tiga jenis iaitu TeaserSoft sell dan Hard sell.

Teaser   ialah   teknik   pengiklanan   di   mana   sedikit previu diberikan mengenai apa yang pengguna bakal perolehi. Iklan   ini   sesuai   digunakan   untuk   produk/koleksi/ perkhidmatan baru. Contoh iklan berbentuk teaser ialah seperti yang dapat di lihat di dalam Rajah 2.19.



Soft  sell  ialah  teknik  di  mana  usahawan  berkongsi ilmu dahulu sebelum menjual dan ia boleh dilakukan berulang kali. Antara bentuk soft sell yang boleh digunakan ialah berkongsi tips, resepi dan artikel ilmiah yang ada kaitan dengan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Artikel ini biasanya disimpan di dalam laman perniagaan dan pautan ke laman web tersebut akan dikongsi di media sosial terutamanya Facebook. Selain dari menarik minat bakal pembeli untuk mengunjungi laman web perniagaan, perkongsian kepakaran  juga akan dapat membina kepercayaan bakal pembeli. Contoh iklan berbentuk soft sell ialah seperti di dalam Rajah 2.18.


klik pada gambar untuk paparan lebih jelas




Hard sell pula ialah teknik jualan terus. Walaupun mendapatkan jualan yang tinggi adalah amat penting di dalam sesebuah perniagaan, iklan berbentuk hard sell yang terlalu kerap akan menyebabkan pengunjung Facebook terasa terganggu dan mengambil tindakan untuk berhenti dari mengikuti posting yang disiarkan oleh sesuatu Facebook Page. Contoh iklan berbentuk hard sell ialah seperti di dalam Rajah 2.19.


klik pada gambar untuk paparan lebih jelas






0 comments:

Post a Comment

PELAWAT

Flag Counter

CHAT BOX

Copyright © MohammadMuai | Powered by Blogger Distributed By Protemplateslab & Design by Mohammadsaja@2018 | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com